Rambut Manusia Keluar Dari Batu Nisan Berusia 100 Tahun

Satu video media tular di media sosial apabila memaparkan objek didakwa rambut manusia kelihatan seperti tersepit pada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, lapor akhbar The Sun.Rambut Manusia Keluar Dari Batu Nisan Berusia 100 Tahun

‘Rambut’ yang ditemui oleh Joel Morrison, 37, itu dikatakan tersepit pada batu kubur dengan sebahagian daripadanya menjalar di atas tanah.

Menurut Morrison, dia pada awalnya tidak dapat memastikan sama ada objek tersebut adalah rambut sebenar.

“Bagaimanapun, selepas diperiksa, saya mendapati ia sememangnya rambut manusia yang keluar dari dalam kubur tersebut,” katanya.

Video itu dimuat naik di TikTok dengan ramai netizen cuba membuat spekulasi masing-masing mengenai kejadian luar biasa itu.Rambut Manusia Keluar Dari Batu Nisan Berusia 100 Tahun

“Keadaan seperti ini boleh berlaku terutamanya selepas banjir besar atau hujan. Ia boleh membuatkan mayat di dalam kubur terapung ke atas,” kata seorang pengguna.

“Mungkin mereka mengebumikan mayat berhampiran pokok. Seorang petugas pengebumian pernah memberitahu bahawa jangan tanam mayat dekat dengan pokok bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku,” komen seorang netizen.

Morrison kembali ke kawasan perkuburan tersebut beberapa hari kemudian dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang.Rambut Manusia Keluar Dari Batu Nisan Berusia 100 Tahun

“Apabila kubur itu terbuka akibat tekanan akar pokok, haiwan-haiwan seperti tupai dan tikus bebas untuk masuk dan keluar. Mungkin ia cuba untuk membuat sarang pada rambut manusia,” ujarnya.

Tambah Morrison, dia merancang untuk mengambil sampel rambut tersebut untuk diuji bagi mengesahkan sama ada ia adalah rambut manusia.

Facebook Comments Box

Leave a Reply