Ramai Wanita Mesej Mahu Kahwin, Tapi Dia Mahukan Yang ‘Vogue’ Saja

Pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan mendapat banyak mesej peribadi (Direct Message) di Instagram daripada wanita yang mahu berkahwin dengan anak kembarnya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal.Ramai Wanita DM Message Nak Kahwin, Tapi Dia Nak Yang ‘Vogue’ Saja

Zarina, 51, berkata, selain gadis ada antara wanita itu juga sebaya dengan dirinya.

“Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.

“Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung,” katanya.

Menurut Zarina, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas mesej berkenaan.

Ramai Wanita DM Message Nak Kahwin, Tapi Dia Nak Yang ‘Vogue’ Saja

“Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.

“Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti,” katanya.

Ditanya jumlah gaji yang ditawarkan, Zarina berkata, dia tidak berkira.

“Soal gaji saya tak kisah nak bayar asalkan sesuai dengan pilihan Azal,” katanya.

Ramai Wanita DM Message Nak Kahwin, Tapi Dia Nak Yang ‘Vogue’ Saja

Terdahulu,  pelakon Teduhan Kasih itu dilaporkan sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin, menjaga, mengurus serta membahagiakan Azal. Ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.

Sumber: Harian Metro

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply