Punggung Seorang Lelaki Dikerumuni Sekumpulan Lebah Yang Mahu Bersarang

Tular video seorang lelaki dikerumuni oleh sekumpulan lebah. Namun apa yang menghairankan ialah sekumpulan lebah itu kelihatan menggerumuni bahagian punggung lelaki berkenaan.Punggung Seorang Lelaki Dikerumuni Sekumpulan Lebah Yang Mahu Bersarang

Video kejadian di India itu pantas menjadi tular kerana ramai yang merasa hairan dan geli melihat kumpulan lebah itu mengerumuni punggung lelaki bernama Velelhu tersebut.

Dikatakan punca lebah-lebah itu mengerumuni lelaki tersebut adalah disebabkan ratu lebah yang terbang dan hinggap di bahagian punggungnya.

Tidak diketahui sama ada ada benda di punggung lelaki tu yang menarik perhatian ratu lebah untuk singgah di situ atau hanya kebetulan. Selepas itu, lebah-lebah lain juga turut terbang mengikut ratu mereka.Punggung Seorang Lelaki Dikerumuni Sekumpulan Lebah Yang Mahu Bersarang

 

Menerusi video yang tular, lebah-lebah tersebut kelihatan seakan-akan mahu membuat sarang di punggung Velelhu.

Lelaki berkenaan pun cuba melepaskan diri daripada lebah-lebah itu dan akhirnya dia berjaya menangkap ratu lebah dan meletakkannya dalam balang. Kemudiannya lebah-lebah yang lain pun turut terbang meninggalkannya.Punggung Seorang Lelaki Dikerumuni Sekumpulan Lebah Yang Mahu Bersarang

 

Sementara itu, warganet yang melihat video lelaki berkenaan tidak ketinggalan meninggalkan komen mereka yang bersifat lawak.

Ada yang berseloroh mengatakan lelaki berkenaan selalu makan benda manis dan buatkan lebah-lebah itu suka padanya.

VIDEO:

Seorang netizen lagi memberikan cadangan supaya lelaki berkenaan kentut untuk menghalau lebah-lebah itu. Ada juga yang mengatakan lelaki tersebut sangat berani dan tidak panik dengan lebah-lebah tersebut.

Facebook Comments Box

Leave a Reply