Pernah Memakan Monyet Dan Sangat Ditakuti Ikan Piranha, Ikan Air Tawar Raksasa Yang Berasal Dar Sungai Amazon Ini Pernah Dijumpai Di Kedah!
Kebiasaannya, ikan air tawar mempunyai saiz yang kecil. Namun demikian, di Sungai Amazon, terdapat seekor ikan seperti raksasa bernama ikan arapaima atau nama saintifiknya Arapaima Gigas. Di Brazil pula, ikan ini dikenali sebagai Piracucu.
Dengan berat daripada 100kg hingga 200kg, ikan ini juga merupakan pemangsa bagi ikan-ikan lain di lembah sungai. Malah, burung-burung kecil di permukaan air juga menjadi mangsanya.
Ikan ini bukan sahaja terkenal kerana saiznya yang besar seperti raksasa malah bentuk badannya unik dan istimewa.
Arapaima mempunyai kulit badan yang keras, panjang sehingga dua meter, serta permukaan kulit berkilauan seperti logam. Umur Arapaima boleh mencecah hingga 20 tahun.
Oleh itu, tidak hairanlah ikan ini ditakuti ikan lain termasuklah pirana. Kalau digigit, entahkan gigi ikan pirana pula yang tertanggal.
Sisiknya sangat keras. Hasil kajian mendapati, terdapat mineral kalsium dan kolagen yang menguatkan permukaan badan ikan ini.
Insangnya juga besar dan memerlukan udara untuk bernafas setiap lima hingga 10 minit. Jika anda berada di Sungai Amazon, anda boleh melih
at ini kadang-kala berada di permukaan air untuk bernafas.
Ikan ini telah pun hidup sejak 250 tahun lalu iaitu semenjak zaman purba. Namun demikian, ikan yang dilabel haiwan dilindungi ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan kerana aktiviti pemburuan untuk daging dan pameran eksotik.
Untuk makluman anda, ikan yang berasal daripada Amazon ini pernah dijumpai di Kuala Ketil, Kedah, dan ditangkap untuk dipindahkan kerana ikan ini tidak sesuai dengan ekosistem di Malaysia.
Sumber: NSTP via Era Baru