Pernah Dibedah Dua Kali, Wanita Hidap Tumor Sejak Kecil Ketepikan Rasa Malu Dan Tabah Menjalani Kehidupan

Seorang wanita diuji dengan ketumbuhan besar berhampiran sebelah matanya. Wanita yang dikenali sebagai Nor Najwa Ayuni Hamdan, 30 reda apabila disahkan menghidap neurofibromatosis dan berusaha untuk  menjalani kehidupan biasa seperti orang lain.Pernah Dibedah Dua Kali, Wanita Hidap Tumor Sejak Kecil Ketepikan Rasa Malu Dan Tabah Menjalani Kehidupan

Menurut Nor Najwa, dia sudah pernah menjalani pembedahan sebanyak dua kali tetapi ketumbuhan itu tetap ada sehingga kini. Ketumbuhan itu bermula ketika usianya 2 tahun, waktu itu ianya masih kecil , namun dia terpaksa dibedah pada usia 4 tahun.

“Ingatkan dah habis, rupa-rupanya masih ada lagi ketumbuhan selepas dibedah. Kemudian saya menjalani pembedahan kedua ketika umur 16 tahun.

“Pada waktu itu ketumbuhan dah besar, doktor buang yang bahagian tepi saja. Sekarang saya hanya melihat dengan satu mata,” ujarnya.

Menurut wanita dari Hulu Terengganu itu, pandangan yang terhad menjadi cabaran utama, namun dia sudah terbiasa.

Malah katanya, dia tidak mahu bersedih dengan takdir, sebaliknya mahu cekal meneruskan kehidupan untuk menyara diri.“Saya dah enam tahun menetap di Petaling Jaya, Selangor. Sekarang saya bekerja dalam bidang customer service.

“Memang pandangan saya terbatas, tapi saya dah terbiasa. Ketumbuhan ni pun tak sakit, cuma kadang-kadang ia rasa berdenyut.

“Kadang-kala saya rasa segan juga. Tapi kalau saya tak yakin, macam mana saya nak kerja dan dapat duit? Jadi saya teruskan macam biasa,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu.Pernah Dibedah Dua Kali, Wanita Hidap Tumor Sejak Kecil Ketepikan Rasa Malu Dan Tabah Menjalani Kehidupan

Imbas Najwa, dia juga pernah diejek ketika zaman sekolah rendah, namun semuanya berubah apabila dia ke sekolah menengah.

“Masa sekolah rendah ada budak-budak ejek, sekolah menengah dah tak ada. Kalau ada orang tanya, saya sedia bercerita. Cuma tak suka bila orang pandang pelik kepada saya.

“Dah terbiasa sejak kecil lagi, tapi kadang-kadang tetap malu nak pergi tempat orang ramai,” ujarnya lagi.

Najwa mendapat ramai sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen susulan videonya yang tular di TikTok. Najwa berterima kasih atas segala doa yang dititipkan kepada oleh orang ramai dan tidak sangka videonya menjadi tular..

“Saya terharu sebab ramai yang prihatin dan doakan saya. Saya juga tak sangka akan viral.

“Banyak yang positif, ada juga indidvidu senasib dengan saya tinggalkan komen. Pesan saya kepada mereka yang ada penyakit ini, abaikan kata-kata negatif. Kalau orang pandang, buat tak tahu saja.

“Satu lagi saya nak kongsikan, ia sekadar nasihat saja. Kalau kita rasa kita ni teruk, elok pandang orang yang lebih teruk lagi. InsyaAllah kat situ kita akan rasa bersyukur. Allah uji tanda Allah sayang, selalu fikir positif dengan Allah,” ujarnya lagi.

Sumber: mStar, Wawa_Ayuni91

Facebook Comments Box

Leave a Reply