Dalam bidang perniagaan, pasti akan ada pelbagai cabaran dan masalah yang datang tanpa diduga terutamanya yang berkaitan dengan pelanggan kita.
Baru-baru ini, tular mengenai perkongsian seorang lelaki@izzudinradin yang merupakan seorang peniaga pasar malam yang berkongsikan kisah unik yang dialaminya. Pengalaman yang dialaminya adalah dia telah ‘ditipu’ oleh pelanggan yang memberikannya duit yang agak ganjil.
Dalam perkongsian videonya di aplikasi Tiktok, lelaki ini menunjukkan duit RM10 yang diberkan oleh pelanggannya itu yang kelihatan agak pelik dan tidak seperti duit RM10 yang biasa kita jumpa.
Apa yang peliknya?
Duti RM10 yang diterima oleh lelaki ini ternyata duit Rm10 yang sudah terkoyak tapi dicantumkan kembali hingga membuatkan duit tersebut mempunyai dua imej bunga Rafflesia dan dua wajah Agong.
@izzudinradin
Tengah2 meniaga tak perasan ada orang bgi duit rare macam nih.lai lai lai sapa nak beli duit unit ni?
Peniaga ini bagaimanapun pasrah dan mengaku tidak perasan kelainan pada duit yang diterimanya daripada pelanggan itu.Difahamkan, peniaga ini meniaga jual jagung rebus dan jus tembikai balang.
VIDEO:
Antara komen-komen netizen:
Try tukar di bank..Dinasihatkan jika ada memiliki duit kertas yang koyak atau tidak sempurna, anda boleh hantar ke bank untuk ditukar meskipun nilainya mungkin tidak sama (bergantung keadaan duit) tetapi lebih baik daripada kita buang atau menggunakannya untuk menipu orang bukan.
Sumber: izzudinradin