Pengunjung Tercengang Menyaksikan Burung Gergasi Menangkap Ikan ‘Jerung’ Dan Membawanya Terbang Di Langit

Sebut saja ikan jerung, mesti ramai yang membayangkan spesies ikan yang menggerunkan dengan gigi yang tajam dan ganas. Malah jika ada tempat yang dikunjungi jerung biasanya akan diletakan tanda amaran jerung untuk peringatan kepada orang ramai.Pengunjung Tercengang Menyaksikan Burung Gergasi Menangkap Ikan ‘Jerung’ Dan Membawanya Terbang Di Langit

Satu video mengenai seekor ikan ‘jerung’ menjadi tular dan membuatkan ramai orang ternganga dan bagaikan tidak percaya apa yang dilihat mereka. Ini kerana dalam video yang mencecah 31 juta tontonan itu memaparkan seekor ikan jerung ‘terbang’ di langit!

Kalau dengar cakap orang mesti sukar nak percaya bukan? Nah, sebenarnya ikan jerung tersebut ditangkap dan dibawa terbang oleh seekor burung!Pengunjung Tercengang Menyaksikan Burung Gergasi Menangkap Ikan ‘Jerung’ Dan Membawanya Terbang Di Langit

Haa, anda mungkin rasa makin pelik fikir macam mana jerung yang berbadan besar boleh ditangkap oleh seekor burung. Jawapannya, sudah pasti burung yang menangkapnya bukan burung bersaiz biasa tetapi seekor burung yang sangat besar sekali.

Ikan itu sememangnya ‘terbang’ di atas udara tetapi ia dicengkam dan dibawa oleh seekor burung yang sangat besar!Pengunjung Tercengang Menyaksikan Burung Gergasi Menangkap Ikan ‘Jerung’ Dan Membawanya Terbang Di Langit

Burung gergasi tersebut dikenalpasti sebagai seekor burung yang dikenali sebagai Osprey. Meskipun dulu pernah dikategorikan dalam keluarga helang, tetapi burung spesies Osprey kini  diklasifikasi dalam kategorinya yang tersendiri.

VIDEO:

Walaupun spesis burung gergasi itu sudah diketahui, tapi kemudian timbul dakwaan bahawa ikan besar itu bukanlah seekor jerung seperti sangkaan pemilik video dan ramai pihak. –sajagempak.com- Menurut beberapa pakar, ikan itu sebenarnya adalah ikan mackerel sepanyol (Spanish Mackerel).

Facebook Comments Box

Leave a Reply