Penduduk Ketakutan Orang ‘Minyak’ Ketuk-ketuk Pintu Rumah, Yang Ada Anak Gadis Diminta Hati-Hati

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di Indonesia yang menunjukkan seorang jejaka berbogeI dan hanya memakai selendang merah di kepalanya sedang mengetuk pintu sebuah rumah tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com.Penduduk Ketakutan Orang ‘Minyak’ Ketuk-ketuk Pintu Rumah, Yang Ada Anak Gadis Diminta Hati-Hati

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di kampung Desa Sendang Rejo, Langkat, Sumatera Utara kelmarin sekitar pukul 3.41 petang (waktu tempatan).

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, lelaki bertelanjang itu pada mulanya dilihat cuba membuka tingkap rumah namun gagal sebelum lari ke bahagian belakang rumah tersebut.

Orang ramai yang menonton video itu berkata lelaki tersebut mungkin merupakan ‘kolor ijo’ iaitu karakter mitos Indonesia yang akan memperk0sa mana-mana wanita yang dijumpainya.

“‘Kolor ijo membuatkan penduduk Sendang Rejo gelisah.

“Sesiapa yang mempunyai anak gadis atau pun wanita yang ditinggalkan suami sila berhati-hati ya,” tulis pemilik video tersebut.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Binjai, Iptu Siswanto Ginting berkata pihak polis akan menyiasat kebenaran di sebalik video itu.

Video tersebut turut mendapat perhatian seorang ahli antropologi Universiti Negeri Medan, Erond L Damanik.

Jelasnya, kelibat yang dilihat itu mungkin bukan ‘kolor ijo’ seperti yang didakwa netizen.

“‘Kolor ijo’ merupakan manusia yang memakai seluar pendek berwarna hijau dan merupakan mitos Jawa semata-mata,” katanya dan menambah, ‘kolor ijo’ hanya mitos yang popular dalam kalangan masyarakat dengan tujuan untuk menakut-nakutkan seseorang.

Sumber: Kosmo

Facebook Comments Box

Leave a Reply