Penduduk Bingung Menyaksikan Fenomena Aneh Langit Merah Jambu Membentuk Formasi Bulat

Para penduduk di bandar Mildura, Victoria di Australia dikejutkan dengan fenomena luar biasa yang berlaku di ruangan langit mereka.Penduduk Bingung Menyaksikan Fenomena Aneh Langit Merah Jambu Membentuk Formasi Bulat

Langit tiba-tiba berubah menjadi merah jambu dalam formasi bulat dan menerangi waktu malam hingga membuatkan para penduduk tercengang kehairanan dan bingung melihat keadaan langit tersebut.

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Tammy Szumowski mengakui, seperti juga kebanyakkan pendduk yang lain, fenomena tersebut telah menarik minatnya dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku.Penduduk Bingung Menyaksikan Fenomena Aneh Langit Merah Jambu Membentuk Formasi Bulat

Sebaik sahaja diberitahu oleh ibunya yang bertanya sama ada dia juga turut melihat mengenai keadaan langit merah jambu itu, dia segera memandu kereta untuk mencari-cari puncanya.

Pelbagai persoalan muncul di fikirannya, termasuk kedatangan makhluk asing bahkan tertanya-tanya apakah itu petanda hari kiamat sudah tiba.

“Baru sahaja mengambil rakaman gambar-gambar ini di Merbein selatan! Ada idea apakah benda ini? Makhluk asing? Fenomena yang tidak diketahui?” tulisnya.Penduduk Bingung Menyaksikan Fenomena Aneh Langit Merah Jambu Membentuk Formasi Bulat

Menurut seorang lagi penduduk tempatan yang dikenali sebagai Nikea Champion, dia pada mulanya menyangka ‘fenomena’ itu adalah bulan merah yang sangat terang, namun kemudian menyedari cahaya itu datang dari tanah.

Namun begitu punca kejadian langit merah jambu itu akhirnya berjaya dikenalpasti iaitu rupa-rupanya cahaya itu adalah berasal dari sebuah ladang ganja perubatan.Penduduk Bingung Menyaksikan Fenomena Aneh Langit Merah Jambu Membentuk Formasi Bulat

Lampu berwarna kemerahan itu digunakan untuk membantu tumbesaran tanaman dan biasanya tirai akan ditutup sebelum waktu senja. Ketika ‘fenomena’ langit merah jambu itu berlaku, tirai itu terbuka dan lampu merah jambu di bangsal penuaian milik syarikat Cann Pharmaceutical itu memancarkan cahaya ke langit dan menyebabkan langit kelihatan berubah menjadi merah jambu.

Facebook Comments Box

Leave a Reply