Penduduk Bandar Di China Dikejutkan Dengan Kemunculan Pancaran Cahaya UFO

Sejak kebelakangan ini, agak kerap berita mengenai penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilaporkan terutamanya di akaun-akaun media sosial.Penduduk Bandar Di China Dikejutkan Dengan Kemunculan Pancaran Cahaya UFO

Penduduk di bandar Shenyang, China menjadi terkejut dan panik apabila satu pancaran cahaya terang dari objek yang didakwa UFO melintasi lapangan terbang hingga mencetuskan rasa takut dikangan penduduk tempatan.

Insiden tersebut telah dirakam oleh orang ramai yang berada di sekitar lapangan terbang, pancaran cahaya itu kelihatan menjulang di atas bangunan lapangan terbang dan suasananya kelihatan seperti dalam filem sains fiksyen yang sering ditonton.

Susulan rakaman itu menjadi tular di media sosial, ramai netizen tampil dengan pendapat merekadan ada yang mendakwa ia adalah cahaya dari dunia lain di angkasa lepas.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu mungkin adalah kesan penggunaan teknologi asing seperti hologram, bahkan berkemungkinan adalah portal ke dimensi lain.Penduduk Bandar Di China Dikejutkan Dengan Kemunculan Pancaran Cahaya UFO

Bagaimanapun, sebilangan netizen di laman perkongsian Reddit memberikan pendapat lebih munasabah iaitu cahaya itu mungkin biasan atau pantulan cahaya matahari.

Di laman Reddit, beberapa orang memberikan pendapat yang mungkin lebih masuk akal iaitu cahaya yang terpancar itu mungkin biasan atau pantulan cahaya matahari.

Seorang pakar meteorologi tempatan yang dikenali sebagai Xia Chuandong kemudiannya menjelaskan bahawa awan tebal di lokasi itu telah mengaburkan struktur bangunan yang ada disebaliknya.

Hasilnya, wap air di udara membiaskan cahaya dan menghasilkan kesan pancaran cahaya aneh seperti yang dilihat oleh orang ramai.

Kredit: Kosmo

Facebook Comments Box

Leave a Reply