Pencarian Kapal Karam Menemui Sotong Gergasi Yang Bersaiz Lebih Besar Dari Manusia

Ketika melakukan penyelidikan untuk menjelajah kedalaman Laut Merah, sekumpulan penyelidik telah menemui kapal karam di bawah laut. Namun bukan itu sahaja yang ditemui mereka, ini kerana kamera bawah laut turut berjaya merakamkan seekor makhluk gergasi yang dikenalpasti sebagai sejenis sotong yang saiznya lebih besar daripada manusia.Pencarian Kapal Karam Menemui Sotong Gergasi Yang Bersaiz Lebih Besar Dari Manusia

Difahamkan imej sotong gergasi itu berjaya dirakamkan pada tahun lepas ketika pencarian bangkai kapal “Pella’ yang karam pada bulan November tahun 2011 dulu.

Walaubagaimanapun, ketika itu mereka tidak mengetahui jenis sotong terbabit, sehinggalah ianya dikenalpasti sebagai sotong purpleback pada September 2021.

Rodrigue yang merupakan sebahagian daripada OceanX, pasukan ahli biologi marin dan pembuat filem yang menyelam sejauh 2,800 kaki (853 meter) di bawah permukaan Laut Merah. 

Pencarian Kapal Karam Menemui Sotong Gergasi Yang Bersaiz Lebih Besar Dari Manusia

Dia telah meminta bantuan daripada ahli zoologi NOAA, Dr Michael Vecchione yang kemudian memberitahu bahawa makhluk misteri yang ditemui oleh mereka itu adalah sotong purpleback gergasi.

Dr Michael menunjukkan ukuran sirip haiwan itu berbanding dengan tubuhnya mendapati ia bukan sotong gergasi.

Siripnya pendek dan lebar dan membentuk bentuk kepala panah. Tapi bagi sotong gergasi ia biasanya berukuran besar dan berotot.Pencarian Kapal Karam Menemui Sotong Gergasi Yang Bersaiz Lebih Besar Dari Manusia

Meskipun sotong itu bukanlah seperti makhluk mitos sotong gergasi yang sangat popular dan dikenali sebagai ‘kraken’ dalam kisah-kisah fiksyen dan mitos masyarakat, tetapi penemuan itu tetap dianggap sebagai penemuan yang luar biasa dan menakjubkan.

Menurut Metro.co.uk, pada tahun 2018, seekor sotong gergasi sepanjang 14 kaki telah ditemui di sebuah pantai New Zealand.Pencarian Kapal Karam Menemui Sotong Gergasi Yang Bersaiz Lebih Besar Dari Manusia

Gambar (atas), sotong gergasi yang ditemui di New Zealand pada tahun 2018.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *