Pelakon Zarina Zainuddin sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin dan menjaga, mengurus serta membahagiakan anak kembarnya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal.
Zarina, 51, berkata, ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.
Kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil juga menghidap autisme.
“Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup menggajikannya setiap bulan. Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?
“Dia memang nak kahwin dan pernah cakap mengenainya. Sebelum ini ada wanita Indonesia dan cantik orangnya. Namun, sebab dia pakai tudung, Azal tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung.
“Namun, saya jelaskan kepadanya kenapa wanita Islam dewasa kena pakai tudung. Tapi, dia cakap nanti sudah tua barulah pakai dan dia bandingkan pula dengan saya. Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa.
Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” katanya
Menurut Zarina, Azal menghidap autisme tahap sederhana berbanding Azil yang perlu mengambil ubat.
“Azal dalam kategori autisme tahap sederhana. Jadi, dia boleh buat sama saja seperti orang lain. Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang-kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.
“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita. Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun sebab dia pun nak ada kehidupan dan nak beli apa dia mahukan.
Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya.
Sumber: Harian Metro