Para Pemandu Berdebar Ketakutan Apabila Haiwan Menggerunkan Merayau-rayau Di Tengah Jalan

Beberapa pemandu yang menggunakan sebuah jalan raya di Florida berdepan dengan detik-detik mendebarkan apabila seekor makhluk menggerunkan dilihat merayau-rayau di jalan berkenaan.Para Pemandu Berdebar Ketakutan Apabila Haiwan Menggerunkan Merayau-rayau Di Tengah Jalan

Menakutkan, itulah perasaan yang dirasai oleh pengguna media sosial selepas menyaksikan video yang memaparkan detik-detik seekor buaya ‘berjalan-jalan’ di sebuah jalan raya di Florida dan menuju ke arah seorang pemandu di situ.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Francis E.Scott-Marr yang sedang memandu menuju ke rumah rakannya telah menyaksikan kehadiran reptilia itu di depan matanya.

Menurutnya, dia telah menyedari haiwan itu bergerak di sekitar persimpangan Seffner, jalan MLK Boulevard dan Williams Road. Wanita ini juga telah merakam video alligator tersebut.Para Pemandu Berdebar Ketakutan Apabila Haiwan Menggerunkan Merayau-rayau Di Tengah Jalan

Daripada rakaman tersebut, buaya itu dilihat sedang menuju ke arahnya sementara kenderaan-kenderaan yang lain juga turut ‘kaku’ berhenti di tempat masing-masing.

Scott kedengaran menjerit dan anjingnya peliharaanya juga tidak berhenti menyalak.Para Pemandu Berdebar Ketakutan Apabila Haiwan Menggerunkan Merayau-rayau Di Tengah Jalan

“Tuhan kasihanilah, lihatlah betapa besarnya! Ia menuju ke arah saya,” jeritnya.

Walaubagaimanapun, wanita ini dikira bernasib baik apabila alligator berkenaan telah dilihat menukar fikirannya dan mengubah arah ketempat lain.

Menurut wanita ini, alligator tersebut berkemungkinan mengubah haluan dari menuju kearahnya disebabkan anjingnya yang tidak berhenti menyalak. Alligator berkenaan juga dilihat berjaya melintasi persimpangan itu.

VIDEO:

Florida sememangnya terkenal dengan populasi alligator yang dianggarkan berjumlah 1.2 juta total yang hidup di negeri itu. Alligator ini dikatakan boleh  membesar sehingga 13 kaki dan beratnya sehingga 800 paun.

Facebook Comments Box

Leave a Reply