Panik Bayi Lahir Dengan Benda Aneh Di Kepala, Bapa Bingung Bila Nurse Suruh Ambilkan Gambar

Siapa yang tak berapa risau jika melihat sesuatu yang aneh atau pelik pada tubuh badan bayi dan anak-anak kita. Begitu juga dengan seorang bapa di Amerika Syarikat ini. Di New York, seorang bapa panik setelah mendapati ada sesuatu yang aneh berada di kepala bayinya ketika dilahirkan.Panik Bayi Lahir Dengan Benda Aneh Di Kepala, Bapa Bingung Bila Nurse Suruh Ambilkan Gambar

Namun, kebimbangannya itu bertukar menjadi satu persoalan sekali gus membuatkannya terpinga-pinga apabila jururawat memintanya segera mengambil gambar mengenai kejadian ‘aneh’ itu.

Menerusi Love What Matters, Rachael Burrow telah kongsikan pengalaman pertama kali dihadapi sewaktu melahirkan anak keduanya, Annabelle .

“Apabila saya pertama kali melihat gelembung itu, saya keliru. Semasa anak pertama kami dilahirkan pada 17 bulan lalu, kejadian ini tidak berlaku,” kata suami Rachael.

 

Kemudian, jururawat yang berada di tempat kejadian menenangkan suaminya dan menyatakan ini adalah detik yang pastinya tidak mahu dilepaskan!Panik Bayi Lahir Dengan Benda Aneh Di Kepala, Bapa Bingung Bila Nurse Suruh Ambilkan Gambar

“Cepat ambil gambar, awak pasti tidak mahu melepaskan peluang ini!,” ujar jururawat tersebut.

Dalam keadaan yang masih keliru, bapa ini menuruti arahan jururawat berkenaan. Dia mengambil beberapa gambar yang merakamkan detik indah itu dan tidak menyangka gambar tersebut akan gambar kelahiran yang paling epik!

 

Sebenarnya, bayi pasangan ini telah dilahirkan dengan membran yang menyelaputi kepalanya dan peristiwa ini adalah peristiwa yang amat jarang berlaku!

Rachael kemudiannya mengambil keputusan untuk mengongsikan detik indah itu di akaun Instagram miliknya. Tanpa disangka-sangka, ianya mendapat lambakan respon positif daripada para pengikutnya. Ada yang kagum letika pertama kali mengetahui tentang kelahiran unik itu dan ada juga yang berharap dapat mengalami peristiwa yang sama.Panik Bayi Lahir Dengan Benda Aneh Di Kepala, Bapa Bingung Bila Nurse Suruh Ambilkan Gambar

“Anak perempuan saya yang berusia 13 tahun dilahirkan dengan kantung dan doktor bidan sangat kagum ketika itu. Maisie adalah seorang anak yang sangat istimewa. Berbakat! 1 dalam 80,000 kelahiran yang istimewa,” tulis salah seorang pengikut Rachael.

1 daripada 80,000 kelahiran?  Memang patut ramai ibu bapa berbangga dengan anak-anak seperti ini seperti juga anak-anak yang lain juga. Semoga baby membesar dengan sihat dan dipenuhi kasih sayang.

Kredit: SWNS TV

Facebook Comments Box

Leave a Reply