Nelayan Menemui Harta Karun Peninggalan Empayar Srivijaya Yang Nilainya Cecah Jutaan Ringgit

Menurut laporan daripada media antarabangsa, Guardian, sejak 5 tahun dahulu, sejumlah harta karun dan artifak yang luar biasa dan menakjubkan telah ditemui oleh nelayan yang menerokai Sungai Musi berhampiran Palembang, Indonesia.Nelayan Menemui Harta Karun Peninggalan Empayar Srivijaya Yang Nilainya Cecah Jutaan Ringgit

Kesemua harta karun dan artifak ini dipercayai berasal dari kerajaan kuno Srivijaya yang wujud pada abad ke-7 dan ke-13, namun kemudiannya tiba-tiba lenyap satu abad kemudian. Penemuan ini juga mencetuskan spekulasi sama ada lokoasi penemuan itu adalah pulau Emas Kerajaan Srivijaya yang menjadi kisah dongeng dikalangan rakyat Indonesia.

Antara harta karun dan artifak yang ditemui adalah termasuk batu permata, cincin emas, syiling dan loceng gangsa sami. Malah, salah satu penemuan yang paling menakjubkan ialah patung Buddha bernilai jutaan pound yang bersaiz besar bertatahkan permata dari abad ke-8.

Nelayan Menemui Harta Karun Peninggalan Empayar Srivijaya Yang Nilainya Cecah Jutaan Ringgit
Kredit: Wreckwatch via Guardian

“Ramai ahli sejarah yang cuba ‘memburu’ khazanah Srivijaya sehingga ke Thailand dan India, namun tidak banyak yang ditemui,” kata Dr Sean Kingsley yang merupakan seorang ahli arkeologi maritim Britain.

”Bahkan di Palembang, lokasi kerajaan itu lenyap, para ahli arkeologi gagal mencari bahan bukti yang cukup walaupun untuk sebuah perkampungan kecil.

“Srivijaya benar-benar cermat menjaga rahsianya. Sejak lima tahun kebelakangan ini, barulah kita menemui barangan luar biasa.”

“Duit syiling, patung emas Buddha, permata dan semua jenis barangan yang mungkin anda baca dalam kisah Sinbad the Sailor, tetapi ia sebenarnya wujud di alam nyata,” tambahnya.

Dr Sean Kingsley memberi gambaran bahawa penemuan harta karun kuno itu sebagai bukti kukuh bahawa Sriwijaya adalah ‘dunia air’, di mana manusia tinggal di sungai seperti yang tercatat dalam teks-teks kuno.

Nelayan Menemui Harta Karun Peninggalan Empayar Srivijaya Yang Nilainya Cecah Jutaan Ringgit
Kredit: Wreckwatch via Guardian

“Ketika peradaban berakhir, kediaman kayu, istana, kuil-kuil beserta harta benda mereka ditenggelami air,” ujarnya.

Empayar Srivijaya merupakan kerajaan maritim yang berkembang antara abad ke-7 dan ke-13, kini dikenali sebagai Indonesia. Walaubagaimanapun, punca dan kenapa kerajaan ini tiba-tiba ‘lenyap’ tidak pernah diceritakan secara jelas dan terperinci dalam sejarah atau oleh ahli arkeologi.

Bencana alam seperti letusan gunung berapi, ditelan arus besar ataupun dilanda badai mungkin antara penyebabnya hingga menerima nasib sama seperti Pompeii di Italy yang musnah disebabkan letusan gunung berapi.

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply