‘Nasib Baik Baca Tag Nama Sebelum Buang..” Ibu Cemas Bayi Dilahirkan Tertukar Di Hospital

Seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Suriani atau Siti Jamumall menceritakan detik-detik cemas apabila menyedari bayi yang baru dilahirkannya tertukar dengan bayi lain ketika mereka bawa balik rumah.'Nasib Baik Baca Tag Nama Sebelum Buang.." Ibu Cemas Bayi Dilahirkan Tertukar Di Hospital

Kejadian itu dikongsikan beliau melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula jam 7.40 malam tadi.

Sebelum ini, Siti Suriani telah melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam, awal pagi semalam dan pihak hospital membenarkan beliau serta bayinya pulang ke rumah, hari ini .

Bagaimanapun, beliau menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

“Bila saya balik, suami saya cabut tag pada kaki bayi dan suami hampir buang tag. Nasib baik baca nama tag kaki, tapi bila tengok nama ibu di tag kaki, nama ibu lain iaitu Dianah.

'Nasib Baik Baca Tag Nama Sebelum Buang.." Ibu Cemas Bayi Dilahirkan Tertukar Di Hospital

“Saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya. Saya tidak pasti bagaimana kejadian tertukar anak ini boleh berlaku.

“Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu jam 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada jam 2.30 pagi semalam,”

“Ini bukan drama, ini realiti. Sebelum ini hanya tengok drama anak tertukar, tapi kini jadi betul-betul kepada diri saya,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook pada Sabtu.

Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, beliau dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan. Ketika LIVE tersebut, Siti Jamumall dan suami dalam perjalanan untuk menghantar bayi tersebut ke hospital.

'Nasib Baik Baca Tag Nama Sebelum Buang.." Ibu Cemas Bayi Dilahirkan Tertukar Di Hospital

Dsalam siaran langsung itu juga, Siti berkata bayinya masih berada di hospital kerana Dianah masih belum mendapat pelepasan daripada pihak hospital.

“Alhamdulillah bayi saya masih ada. Kalau nak ikutkan Dianah dah keluar,” katanya.

Kredit: Gempak, Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply