Dari luaran, mungkin ramai yang terpukau melihat haiwan jenis salamander yang dinamakan axolotl yang berwarna-warni dengan pelbagai warna. Namun begitu, para pakar amfibia menggesa dan menasihatkan orang ramai agar jangan terpengaruh dan melayan trend pembelian haiwan terbabit.
Salamender (axolotl) ini dikatakan berasal dari Mexico dan biasanya boleh hidup dan mempunyai jangka hanyat sehingga 10-15 tahun.
Namun begitu disebabkan trend menjual axolotl yang berwarna-warni, jangka hayat haiwan ini akan berkurangan dan hanya boleh bertahan hingga seminggu sahaja dan perbuatan ini Hal ini kerana, haiwan ini padaasalnya tidak memiliki warna-warni seperti yang dijual sebaliknya ia sengaja dibuat sedemikian dengan menggunakan sejenis bahan kimia, dan tindakan ini sangat kejam.
Golongan kanak-kanak merupakan golngan yang paling mudah terpengaruh untuk memiliki haiwan ini kerana ia menyerupai sejenis karakter popular dalam permainan video.
“Ramai kanak-kanak teruja untuk mendapatkan axolotl berwarna-warni sebagai haiwan peliharaan mereka kerana ia karakter popular dalam permainan video.
VIDEO:
“Namun, jangka hayat axolotl berkenaan hanyalah seminggu kerana bahan pewarna yang digunakan akan membunuhnya dan turut menyebabkan spesies ini semakin terancam,” kata sebuah pertubuhan pembiakan haiwan tersebut.
Axolotl yang berwarna-warni ini dikatakan mudah didapati di pasar Chatuchak, Bangkok, Thailand. Spesis ini dianggarkan berjumlah sekitar 50 hingga 1000 ekor yang masih hidup dan tinggal di hutan.
Spesis haiwan ini sebenarnya diklasifikasikan sebagai haiwan terancam kritikal dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).