Nak Kerja Tak Boleh Kerana Isteri Di Penjara, Sambil Gendong Anak Kecil, Bapa Muda Cuba Mohon Bantuan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nak digambarkan mengenai nasib segelintir masyarakat kita yang terpaksa mengharapkan ihsan orang lain untuk meneruskan kehidupan.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook dengan nama akaun, Acik Acik, menceritakan mengenai seorang bapa muda membawa kecil sedang buntu memikirkan bagaimana mahu mendapatkan bantuan.
Gendong anak cari bantuan
Berdasarkan status yang ditulis, lokasinya adalah di sekitar Alor Setar, difahamkan bapa muda mahu dikenali sebagai Zaid secara kebetulan terserempak dengannya dan terus bertanya bagaimana mahu mendapatkan bantuan.
Isteri di penjara sebab tiada permit
Menurut apa yang diceritakan, isterinya kini ditahan di penjara kerana tidak mempunyai permit perjalanan yang sah. Hidupnya bertambah sukar apabila tidak lagi dapat bekerja berikutan kedai dia bekerja sudah tidak beroperasi sejak daripada PKP.
Taukey Cina kesian, bagi duduk free jer
Disebabkan kesempitan wang, Zaid hanya mampu memberi anak minum susu pekat. Simpati dengan nasib yang menimpa Zaid, wanita itu berharap posting di Facebook dapat membuka ruang agar ada insan sudi membantu bapa muda ini.
Difahamkan, dua beranak tersebut kini tinggal motel bajet secara percuma atas ihsan pemilik, yang juga kasihan melihat mereka tiada tempat berteduh.
Sama-sama kita Doakan semoga wabak COVID-19 ini segera berakhir.
Sumber: OMM