Kadang-kadang perkara yang kita mudah untuk miliki, menjadi satu halangan buat mereka yang kurang berkemampuan. Disebabkan itu, masyarakat disarankan untuk saling berkongsi dan bantu membantu diantara satu sama lain supaya nikmat tersebut turut dirasai bersama.
Di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Raja Farah Sofea meraih pujian ramai apabila dirinya perkongsiannya itu berjaya membuka mata dan menyentuh hati para pengguna lain di laman tersebut.
Dalam perkongsiannya tersebut, dia telah menghulurkan bantuan buat seorang pakcik berbangsa cina yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelikan makanan segera buat cucunya.
Dari sekadar melihat sahaja situasi berkenaan, gadis ini membelikan pakcik ini makanan tersebut untuk diberikan kepada cucunya.
Duit ada RM10 tapi Snack Plate Harga RM16..
Seronok dapat tengok pakcik ni senyum tadi
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain…
Bertalu-talu pujian diberikan…
Perilaku gadis ini sekaligus telah membuatkan orang ramai meninggalkan kata-kata pujian buatnya. Bahkan, dirinya juga telah menyedarkan para penguna Twitter ini mengenai kebaikan besar dalam bersedekah.
Terima kasih sebab tolong pakcik tu..
Semoga dimurahkan rezeki buat saudari…
Tak salahpun nak berkongsi & berikan kegembiraan…
Berkongsi, bersedekah serta menderma haruslah dibagi sama rata tak kira kaum, bangsa dan juga agamanya.
Sumber: Borak Daily