Misteri Ikan Paus Gergasi Di Tengah-tengah Hutan, Batuan Purba Berusia 75 Juta Tahun

Setiap lokasi punyai cerita dan latar belakang sendiri. Tak salah untuk kita menambah sedikit ilmu tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara luar.Misteri Ikan Paus Gergasi Di Tengah-tengah Hutan, Batuan Purba Berusia 75 Juta Tahun - arenagempak.com

Orang cakap jauh berjalan luas pandangan. Tapi, pernahkah anda terfikir untuk singgah ke tempat-tempat misteri dan unik di dunia?

Jika anda berkesempatan berkunjung ke Thailand, tempat ini mungkin yang anda cari. Terdapat satu pemandangan unik seakan 3 ekor ikan paus sedang berenang di tengah hutan yang terletak di atas Gunung Hin Sam Wan, area Phu Sing, Buengkan Thailand.

Misteri Ikan Paus Gergasi Di Tengah-tengah Hutan, Batuan Purba Berusia 75 Juta Tahun - arenagempak.com

Ia bukan ikan paus sebenar tapi merupakan formasi batuan purba berusia 75 juta tahun. Memiliki tebing batu yang tinggi puluhan meter dan curam, jika kita berdiri diatas batu itu, kita dapat melihat sebahagian pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos dan Hutan Phu Wua.

Kerana keunikannya, tiga formasi batuan purba yang menyerupai dengan ikan paus ini digelar ‘Three Whale Rock’.

Misteri Ikan Paus Gergasi Di Tengah-tengah Hutan, Batuan Purba Berusia 75 Juta Tahun - arenagempak.com

Sehingga kini, batu gergasi ini dilindungi oleh kerajaan Thailand dan menjadi khazanah kepada negara mereka.

Ia tak seperti batuan purba yang lain yang biasa ditemui dikawasan terpencil dan tersorok, batuan purba ini boleh didaki dan pelancong juga dapat berdiri tepat di atasnya.

Misteri Ikan Paus Gergasi Di Tengah-tengah Hutan, Batuan Purba Berusia 75 Juta Tahun - arenagempak.com

Untuk mengunjunginya, pelancong akan melalui jalan setapak yang luas sambil terus mendaki ke batuan raksasa tersebut.

Pelancong juga boleh memilih sembilan laluan berbeza untuk melakukan pendakian. Sepanjang jalan, anda boleh melihat air terjun, pelbagai tumbuhan, haiwan dan burung-burung berkicauan riang.

Misteri Ikan Paus Gergasi Di Tengah-tengah Hutan, Batuan Purba Berusia 75 Juta Tahun - arenagempak.com

Bau alam sangat harum, udaranya segar, irama alam sangat asyik melengkapi kesempurnaan tempat ini.

Misteri Ikan Paus Gergasi Di Tengah-tengah Hutan, Batuan Purba Berusia 75 Juta Tahun - arenagempak.com

Pada yang penggemar aktiviti luar seperti meredah hutan, sungai, mendaki gunung dan hiking, mendaki batuan purba ini pastinya merupakan satu pengalaman yang menkjubkan.

Misteri Ikan Paus Gergasi Di Tengah-tengah Hutan, Batuan Purba Berusia 75 Juta Tahun - arenagempak.com

Anda dapat merasakan ia seakan pengembaraan terbaik seumur hidup.

Kredit: Info Malaysia

Facebook Comments Box

Leave a Reply