Miliki Ibu Jari Panjang Dari Biasa, Pemuda Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

LONDON: Seorang lelaki mempunyai ibu jari unik apabila boleh memanjang hingga lima setengah inci.arenagempak.com -  Miliki Ibu Jari Panjang Dari Biasa, Pemuda Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Ibu jari Jacob Pina, 21, pelik dan berbeza jika dibandingkan individu normal yang berukuran dua inci.

Jacob Pina terima pelbagai reaksi seperti jijik, panik dan ingin tahu. Keunikan itu menarik perhatian orang ramai, selepas lelaki itu menyiarkan video pertama TikTok mengenai jarinya.

Jacob hanya mengetahui jarinya tidak normal ketika remaja.

arenagempak.com -  Miliki Ibu Jari Panjang Dari Biasa, Pemuda Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Bagaimanpun, doktor mengesahkan ia tidak berkaitan masalah perubatan dan boleh menjalani kehidupan biasa.

Kini, dia menggunakan aplikasi TikTok bagi menyiarkan mengenai kehidupan peribadinya.

Jacob berkata, dia sememangnya dapat memanjangkan ibu jarinya.

“Saya memanjangkan tulang ibu jari dengan memaksanya keluar daripada soket untuk membuatnya kelihatan lebih panjang.

“Doktor kata ia tidak normal tetapi tidak dapat menghubungkannya secara rasmi dengan keadaan perubatan,” katanya.

arenagempak.com -  Miliki Ibu Jari Panjang Dari Biasa, Pemuda Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Ibu jari Jacob (kanan)

Jacob mengakui dia tidak pernah berharap ibu jarinya menerima pengiktirafan hingga memperoleh lebih satu juta pengikut.

Dia berkata, ketika menyiarkan video pertama TikTok, dia tidak percaya mendapat perhatian orang ramai.

“Saya terima pelbagai reaksi seperti jijik, panik dan ingin tahu,” katanya.- Agensi

Facebook Comments Box

Leave a Reply