Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak perempuannya agar dapat berbahagia dan membesar dengan selamat. Seorang wanita di india dikenali sebagai S Petchiammal telah menjadi ibu tunggal selepas suaminya meninggal dunia secara mengejut disebabkan serangan jantung.
Demi membesarkan anak perempuannya, S Petchiammal telah menyamar menjadi seorang lelaki selama 39 tahun! Sejak kehilangan suami diusia 20 tahun dan sedang hamil ketika itu, wanita ini melakukan banyak pekerjaan selepas melahirkan, namun berdepan dengan kesukaran disebabkan majoriti kerja di kampung di Katunayakkanpatti, Tamil Nadu dimonpoli oleh kaum lelaki.
Wanita ini berdepan dengan gangguan darpada kaum lelaki setiap hari ketika bekerja di hotel, kedai ataupun di tapak binaan. Hinggalah satu hari, wanita ini nekad untuk merubah cara hidupnya dengan menjadi ‘lelaki’.
Wanita ini kemudian menukar namanya menjadi ‘Muthu’ selepas pergi ke kuil di Tiruchendur, memotong rambutnya dan menukar sari dengan baju dan kain lungi. Namun begitu, bagi mengelakkan orang lain mengetahui identitinya, ‘Muthu’ sedar dia dan anaknya perlu berpindah ke tempat lain.
‘Muthu’ dan anak perempuannya hanya kembali dan menetap semula di kampung Kattunayakkanpatti selepas lebih 20 tahun. Identiti ‘Muthu’ hanya diketahui oleh anak perempuan dan saudara terdekat mereka.
“Saya melakukan semua jenis pekerjaan, daripada bekerja sebagai pelukis, pembuat teh dan penebar roti prata.
“Saya menyimpan setiap sen untuk memastikan kehidupan yang selamat dan terjamin untuk anak perempuan saya”
S Petchiammal menjadi ‘Muthu’ tanpa pengetahuan orang awam selama lebih 39 tahun sehinggalah anak perempuannya Shanmugasundari sudah dewasa dan berkahwin dengan pasangannya.
S Petchiammal mendedahkan identiti sebenarnya baru-baru ini dan mendapat pujian daripada jutaan penduduk Indonesia yang kagum dengan pengorbanan yang dilakukannya. Dia bagaimanapun mahu kekal hidup sebagai ‘Muthu’ sehingga akhir hayat.
“Identiti ini memastikan kehidupan yang selamat untuk anak perempuan saya. Saya akan kekal Muthu sehingga meninggal dunia”