Mata Asyik ‘Curi-curi’ Pandang Kereta, Rupanya Peniaga Burger Meniaga Sambil Jaga Anak

Di zaman pandemik ini, antara yang paling terkesan adalah mereka yang mencari pendapatan dengan bekerja sendiri seperti peniaga jalanan. Hampir setiap kali melayari media sosial ,akan ada sahaja kisah-kisah rakyat berjuang demi meneruskan kehidupan.Mata Asyik ‘Curi-curi’ Pandang Kereta, Rupanya Peniaga Burger Meniaga Sambil Jaga Anak

Baru-baru ini tular perkongsian video memaparkan seorang peniaga burger sedang melakukan jualan di gerai sambil menjaga seorang kanak-kanak lelaki dan bayi dipercayai anaknya mengundang rasa sayu netizen.

Mata Asyik ‘Curi-curi’ Pandang Kereta, Rupanya Peniaga Burger Meniaga Sambil Jaga Anak

Video dikongsi personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya yang dirakam seorang pelanggan memaparkan peniaga itu menyiapkan tempahan sambil memerhati dua anaknya di dalam kereta berhampiran gerai berkenaan.

Lihat video di bawah ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Menurut pelanggan terbabit Hazly Razaly, dia tiada niat untuk mengaibkan sebaliknya bersimpati dengan nasib peniaga itu yang berusaha keras bagi menanggung ahli keluarga.

“Semalam aku beli burger kat brader ni. Sambil buat burger, dia terjenguk-jenguk tengok kereta yang ada depan gerai ni.

“Aku pergi dekat kereta, aduh ada baby rupanya. Ada si abang yang mungkin tengah nak tidurkan adiknya,” kata Hazly.

Mata Asyik ‘Curi-curi’ Pandang Kereta, Rupanya Peniaga Burger Meniaga Sambil Jaga Anak

Selepas meraih ratusan ribu tontonan, Hazly berkongsi mengenai lokasi gerai itu yang terletak di Setia Taipan, Setia Alam selain menyeru orang ramai untuk memberi sokongan kepada peniaga tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar peniaga burger itu dimurahkan rezeki. Antara komen-komen netizen:

Mata Asyik ‘Curi-curi’ Pandang Kereta, Rupanya Peniaga Burger Meniaga Sambil Jaga Anak

Semoga dipermudahkan urusan peniaga burger ni, dan orang-orang yang berdekatan boleh lah datang beli burger.

Sumber: OMM

Facebook Comments Box

Leave a Reply