Marah Anak Tak Tutup Pintu, Isteri Dan Anak Perempuan DipukuI Dengan Kerusi

Hanya kerana tidak menutup pintu rumah, seorang lelaki meng4muk dan memukuI isteri serta anak perempuannya dengan kerusi di Taman Desa Sena, di sini, semalam.Marah Anak Tak Tutup Pintu, Isteri Dan Anak Perempuan DipukuI Dengan Kerusi

Dalam kejadian jam 11.45 pagi, lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan berang kerana anak perempuannya berusia 19 tahun tidak menutup pintu rumah.

Berikutan itu, lelaki berkenaan bertindak di luar jangka apabila mengambil kerusi berwarna putih di bahagian ruang tamu lalu memukuI anaknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kejadian itu disedari isteri suspek berusia 51 tahun yang kemudian menghalang tindakan suaminya namun dia turut dipukuI.

Insiden itu menyebabkan isteri dan anak suspek SAKlT di badan sebelum membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mereka selepas lelaki itu turut mengugut mahu membnuh mereka.

Marah Anak Tak Tutup Pintu, Isteri Dan Anak Perempuan DipukuI Dengan Kerusi
Foto Hiasan

“Pasangan ini sudah berkahwin selama 20 tahun dan tinggal di rumah teres dua tingkat yang dibeli oleh wanita (isteri suspek) yang bekerja sebagai pegawai kerajaan.

“Suspek adalah bekas tentera dan kini bekerja di sebuah kilang yang mana dia sudah tidak bercakap dengan isterinya sejak setahun lalu biarpun masih tinggal serumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek yang juga seorang mualaf dikatakan sering memukuI isteri dan anak-anaknya apabila berlaku perselisihan faham namun perkara itu tidak pernah dilaporkan kepada polis.

“Suspek tidak mempunyai masalah kesihatan dan pasangan ini mempunyai masalah dalam rumah tangga mereka apabila tinggal berasingan yang mana suspek tinggal di bilik bawah manakala isterinya di tingkat atas,” katanya.

Marah Anak Tak Tutup Pintu, Isteri Dan Anak Perempuan DipukuI Dengan Kerusi
Kerusi yang digunakan

Noorzainy berkata, bertindak melalui laporan yang diterima polis ke lokasi kejadian dan menahan suspek pada jam 2.10 petang untuk tindakan selanjutnya.

“Daripada siasatan awal, suspek mengaku memukuI isteri dan anaknya dengan kerusi.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia kini ditahan mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply