“Makcik, Kalau Nak Keluarkan Duit Sikit Je, Pergi La Keluarkan Di ATM Sana, Kami Takde Masa!”

Seorang wanita pergi ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang di akaunnya kerana wang di ada di tangannya sudah berkurangan. Apabila sampai ke bank, dia pun berhadapan dengan seorang kerani kaunter yang agak kurang ajar terhadapnya. Post kali ini bukanlah bertujuan menyatakan yang semua kerani bank bersifat angkuh.“Makcik, Kalau Nak Keluarkan Duit Sikit Je, Pergi La Keluarkan Di ATM Sana, Kami Takde Masa!”

Sebaliknya ramai lagi pekerja bank yang mesra pelanggan dan melayan pelanggan dengan penuh sopan santun. Kisah pengajaran ini juga bukan memfokuskan sektor perbankan sahaja, malah untuk pengajaran bagi mereka yang berkhidmat di ‘front line‘ atau pun khidmat pelanggan.

Pasti ada antara kita yang ada pengalaman berurusan dengan kaunter urusan yang biadap seperti kisah ini. Kisah ini pasti memberi pengajaran berguna bagi mereka yang berada di ‘front line‘ ini agar tidak terlalu angkuh dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan majikan dengan penuh etika dan jangan lah anda memandang rendah orang yang berurusan dengan anda.

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata dengan suara kuat

“Oi Makcik, Kalau Nak Keluarkan Duit Sikit Je, Pergi La Keluarkan Di ATM Kat Sana, Kami Takde Masa!” Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata “Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.”

“Makcik, Kalau Nak Keluarkan Duit Sikit Je, Pergi La Keluarkan Di ATM Sana, Kami Takde Masa!”

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah  wang sebanyak RM 15JUTA.

Dengan lemah lembut dan penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300,000 sahaja.

Mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada makcik itu. Setelah mengambil duit itu, makcik menyerahkan semula duit sebanyak RM299,500 kepada kerani tersebut dan berkata,

“Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya…”

Sebenarnya, sifat angkuh dan sombong ini adalah sikap individu itu sendiri yang telah mencemarkan nama sektor tertentu. Tidak dinafikan, terdapat juga pelanggan yang sangat sombong dan berlagak ketika berurusan di kaunter khidmat pelanggan ini. Pokok pangkalnya, ia terletak pada sikap individu itu sendiri.“Makcik, Kalau Nak Keluarkan Duit Sikit Je, Pergi La Keluarkan Di ATM Sana, Kami Takde Masa!”

Bagi yang berkhidmat di kaunter atau di perkhidmatan pelanggan, kesabaran memang sesuatu yang sangat penting kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai karenah orang. Kalau anda rasakan anda tidak dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, adalah seeloknya anda bekerja disektor lain yang tidak akan membebankan anda dan sesuai dengan anda.

Note: Kisah di atas hanyalah sebagai pengajaran dan tidak dapat dipastikan sama ada ianya benar-benar berlaku. Walaubagaimanapun, diharapkan ianya boleh memberi kesedarkan kepada kita semua supaya  menghormati dan melayan sesiapa sahaja secara rata dan jangan memilih bulu.

Semoga boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Peace!

Facebook Comments Box

Leave a Reply