Seorang pemuda meluahkan kekecewaan dan kesedihannya apabila kekasih yang dikenalinya selama 5 tahun memutuskan pertunangan mereka yang sudah berusia 6 bulan.
Pengalaman sedih itu dikongsikan oleh Aiman menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut Aiman dia dan wanita tersebut sudah berkenalan selama 5 tahun dan selepas itu mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Difahamkan, sepanjang tempoh tersebut lelaki ini berusaha melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari wang untuk melangsungkan pertunangan bersama kekasih hatinya. Tetapi siapa sangka, usahanya selama ini seakan tidak dihargai.
Struggle saya nak kumpul duit nak bertunang, sebab family awak suruh masuk meminang dulu. 6 bulan saya berniaga kumpul duit untuk beli dua bentuk cincin seperti mana yang mama awak minta.
Keluarkan semua simpanan untuk meniaga..
Lebih menyedihkan apabila selepas 6 bulan bertunang, wanita ini dikatakan meminta untuk putus dengan alasan mereka tiada jodoh. Dalam video lain, Aiman turut berkongsi momen-momen bahagia dia bersama wanita itu ketika membuat persiapan majlis pertunangan.
Sehari sebelum pertunangan kita, masa ni Tuhan je tahu perasaan saya. Saya rasa segala penat lelah saya berbaloi nak halalkan awak.
Meskipun begitu, Aiman Hafiq redha dengan ketentuan-Nya dan berharap agar bekas tunangnya itu akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik dan mampu memberi kebahagiaan buatnya.
Semoga pemuda ini tabah dan bertemu jodoh yang selayaknya buat beliau.
Sumber: OHBULAN