Lelaki Tersentak Barang Dapur Dibelinya Mencecah RM890, Rupanya Ada Benda Harga ‘Kayangan’ Diambil

Seorang lelaki berkongsikan kisahnya membeli barang di hypermarket. Pemuda yang dikenali sebagai Faiz Ibrahim terkejut apabila membayar harga dua kali ganda dari kebiasaannya iaitu mencecah RM890, namun dia tetap membayarnya juga meskipun berasa tidak sedap hati. Ikuti kisah yang diceritakannya di bawah ini.arenagempak.com - Lelaki Tersentak Barang Dapur Dibelinya Mencecah RM890, Rupanya Ada Benda Harga ‘Kayangan’ Diambil

“Hati-hati ketika membeli barang di Hypermarket. Selalu aku tengok orang kena, sekarang ni aku pulak yang terkena. Aku pergi ***** haritu, lepas dah beli barang semua untuk mak aku, sekali tengok total RM890 macam tu.

“Aku tergamam kejap sebab usually paling banyak belanja adalah RM400 lebih je. Sebab aku duduk dengan mak aku, usually beli barang makan yang boleh tahan sekitar dua, tiga minggu. Senang beli sekali terus, tak payah keluar banyak kali, covid kan,” tulisnya.

Sungguhpun berasa tidak sedap hati dengan jumlah harga barangan yang tertera, namun menurutnya dia tetap membayar sebagaimana jumlah yang tertera.

arenagempak.com - Lelaki Tersentak Barang Dapur Dibelinya Mencecah RM890, Rupanya Ada Benda Harga ‘Kayangan’ Diambil

“Cashier tu cakap, sebab awak beli banyak, that’s why harga macamtu. Tapi aku still sangsi, dan bayar je dulu. After bayar aku memang usually akan check resit semula.

“Lepas check punya check, rupanya biji sagu yang harga RM1.40 ni, lepas scan jadi RM400. Gila bapak. Ini biji sagu Ayah Pin ke? Dasar biji sagu alam sebalik mata. Hahaha,” ceritanya.

Kesemua barangan yang dibeli oleh pemuda itu berharga hampir mencecah RM900.

arenagempak.com - Lelaki Tersentak Barang Dapur Dibelinya Mencecah RM890, Rupanya Ada Benda Harga ‘Kayangan’ Diambil

Dia turut memuat naik gambar bungkusan biji sagu yang tertera harga RM1.40 selepas ditimbang dan resit pembelian di mana harga barangan berkenaan ‘berubah’ menjadi RM400, sebagai bukti.

Menyedari kesilapan harga barangan tersebut, pemuda itu segera melaporkan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan pasar raya berkenaan untuk proses tuntutan semula wang yang dibayar untuk biji sagu tersebut.

“Ni aku puji sebab aku rasa proses aku mintak refund tu, smooth je,” ujarnya lagi.

Tambahnya, tujuan perkongsian tersebut adalah sebagai mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil remeh dan amalkan tabiat memeriksa resit selepas melakukan pembelian.

Lepas check punya check, rupanya biji sagu yang harga RM1.40 ni, lepas scan jadi RM400. Gila bapak. Ini biji sagu Ayah Pin ke?

“Kadang kala harga di barang lain, tapi lepas scan (imbas), jadi lain. Biarlah orang nak kata kita ni berkira ke, kedekut ke, yang penting kita jangan bayar untuk barang yang kita tak beli atau barang yang harganya lain dari yang kita sangka.

“Jangan ditipu dan ditindas sebab nak cari duit bukannya mudah.

arenagempak.com - Lelaki Tersentak Barang Dapur Dibelinya Mencecah RM890, Rupanya Ada Benda Harga ‘Kayangan’ Diambil

Faiz memuat naik gambar biji sagu dan resit yang menunjukkan harga keseluruhan barangan yang dibelinya mencecah RM900. Foto” FB The Faiz Ibrahim

Jadi, tak kisahlah di mana-mana hypermarket korang beli, sila semak resit dan jadi bijak sikit. Kadang kala ada (error) kesilapan dalam sistem dan jangan sebab error tu, kita dianiaya,” tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 6K shares di Facebook. Malah rata-rata netizen juga turut berkongsi pengalaman serupa apabila berbelanja di pasar raya.

Antara komen netizen yang turut berkongsi cerita pernah mengalami situasi sama.

“Betul, kena berhati-hati beli di pasar raya. Check harga, check skrin dan bil. Saya baru dua hari lepas kat ***** Putrajaya beli dua helai kain batik untuk ibu. Sehelai tag harga RM17.90 bila scan bar code keluar RM140.00 sehelai.

“Macam haritu beli timbang. Ambil ketumbar sekali pergi timbang, harga RM34. Tudiaaa mahalnya padahal tak sampai setengah kilo. Sekali tengok nama rupanya dia timbang kira lada hitam.

“Cashier tak tengok ke masa scan harga barang tu? Pernah kena. Jadi cashier nak scan kunyit tapi tak dapat. Key-in manual, sekali keluar harga RM900! Sendiri terkejut, apahal kunyit RM900. Rupa-rupanya salah key-in,” demikian antara komen netizen.

Sumber: Faiz Ibrahim, mStar

Facebook Comments Box

Leave a Reply