Lelaki Terperanjat Menemui Kepala Ular Mengerikan Dalam Hidangan Makanan Ketika Dalam Penerbangan

Seorang lelaki yang juga merupakan seorang pramugara syarikat penerbangan tambang murah Turki terkejut besar apabila menemui kepala ikan dalam makanan yang dihidangkan kepada penumpang.Lelaki Terperanjat Menemui Kepala Ular Mengerikan Dalam Hidangan Makanan Ketika Dalam Penerbangan

Kejadian tersebut berlaku apabila pramugara itu bertugas dalam penerbangan dari Ankara ke Dusseldorf, Jerman. Apabila membuka bungkusan makanan dalam penerbangan, pramugara terkejut besar aapbila mendapati kepala ular yang kelihatan menggerikan dalam hidangan terbabit.

Terkejut dengan penemuannya, pramugara tersebut sempat merakam video hidangan kepala ular berkenaan dan berkongsikan gambar dan video tersebut bagi mendapatkan respon pihak pembekal makanan dan pihak yang berkaitan.Lelaki Terperanjat Menemui Kepala Ular Mengerikan Dalam Hidangan Makanan Ketika Dalam Penerbangan

Selepas kejadian itu menjadi tular, beberapa kakitangan lain turut mengadu bahawa mereka juga pernah berdepan dengan kejadian yang lebih kurang sama, adakala terjumpa kumbang dan siput dalam makanan yang tidak sepatutnya mengandungi ‘benda’ tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak SunExpress, situasi hidangan makanan ‘berkepala ular’ itu adalah sangat tidak diterima dan tidak sepatutnya berlaku.Lelaki Terperanjat Menemui Kepala Ular Mengerikan Dalam Hidangan Makanan Ketika Dalam Penerbangan

“Adalah keutamaan kami untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada penumpang dan pengalaman penerbangan yang selamat buat kakitangan SunExpress.

“Dakwaan mengenai keadaan makanan seperti dilaporkan media adalah tidak boleh diterima, justeru, siasatan terperinci akan dilakukan,” ujar pihak SunExpress.Lelaki Terperanjat Menemui Kepala Ular Mengerikan Dalam Hidangan Makanan Ketika Dalam Penerbangan

Menurut pihak pembekal makanan pula, syarikat penerbangan itu adalah pelanggan utama mereka dan mereka tidak menggunakan sebarang benda asing dalam hidangan yang mereka sediakan. Tambah mereka lagi, hidangan yang mereka sediakan telah dimasak pada suhu 280°C dan kejadian itu mustahil boleh berlaku di dapur mereka.

“Justeru, penemuan itu bukan berpunca daripada hidangan yang kami sediakan,” ujar pembekal makanan.

VIDEO:

Mereka juga mendakwa kepala ular itu telah dimasukkan ke dalam hidangan pada tarikh yang lain.

Facebook Comments Box

Leave a Reply