Tular baru-baru ini, seorang wanita yang berniaga di kedai didatangi oleh seorang pemuda yang membawa tong gas.
Sudah pasti kehadiran dan tindakan pemuda itu agak pelik kerana agak jarang tengok orang keluar bawa tong gas ke kedai tu lebih-lebih lagi pemuda berkenaan dilihat seperti sedang ‘susah hati’.
Namun, siapa sangka rupa-rupanya tersembunyi kisah sedih di sebalik perbuatannya itu.
Segan nak kongsi masalah
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @rinie1181 di aplikasi TikTok, pada awalnya pemuda itu segan untuk memberitahu masalah yang dialaminya apabila ditanya kenapa mahu menjual tong gas itu.
Selepas berbual buat beberapa ketika dan melihat kesedihan pada raut wajahnya, barulah pemuda itu mendedahkan masalah sebenarnya.
Merayu minta tuan kedai beli
Sambil menahan air mata, pemuda itu berkata dengan nada sayu bahawa dia ingin wanita itu membeli tong gas berkenaan kerana ingin menyara orang tuanya.
Selain itu, dia turut merayu agar wanita yang juga merupakan tuan kedai tersebut, membeli tong gas yang dijualnya berkenaan.
Tak dapat kerja sebab PKP, sukar nak sara ibu bapa
Menurut pemuda itu lagi, dia terpaksa melakukan perkara tersebut kerana risau akan keadaan ibu bapanya tambahan lagi apabila dia tidak dapat bekerja setelah tempat kerjanya ditutup kerana PKP.
Simpati akan nasib pemuda tersebut, wanita itu membeli jualannya dan memberi beberapa barang keperluan supaya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya.
Perkongsian terbabit telah meraih pujian netizen yang mana rata-rata mereka memuji tindakan wanita itu.
VIDEO:
Malah, ada juga yang mempersoalkan ke mana hilangnya wakil rakyat yang sepatutnya menjadi orang bertanggungjawab membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Mulianya hati awak sis
Terima kasih sis
Dia jual tong gas macam mana nak masak?
Moga awak dimurahkan rezeki dik
Mana wakil rakyat?
Ramai terjejas akibat pandemik ni
Sumber: rinie1181