Seorang Lelaki Mengadu Sakit Perut Kronik, Doktor Menemui Wang Bernilai Ribuan Ringgit, Paku, Gunting Dan Pemetik Api Dalam Perut Pesakit Tersebut.
KAHERAH: Sepasukan doktor pakar di Hospital Qasr El Eyni, Mesir berjaya mengeluarkan wang kertas 6,500 paun Mesir (RM1,707) dari perut pesakit.
Lelaki tersebut yang mendakwa mengalami sakit perut kronik mengaku memakan wang kertas tersebut sejak sekian lama.
Pembedahan tersebut mengambil masa empat jam dan doktor berjaya menyelamatkan lelaki tersebut yang turut mengalami infeksi teruk pada bahagian perit dan ususnya.
Wang kertas berjumlah 6,500 paun Mesir (RM1,707) didapati bergulung di dalam perut pesakit itu dan selain wang kertas terdapat beberapa objek lain yang di temui di dalam perutnya.Antaranya duit siling, 39 biji paku, gunting kecil dan pemetik api.
Namun menurut pakar bedah di Mesir, insiden sebegitu bukan yang pertama pernah dilalui mereka.
Pada tahun lalu, sepasukan pakar bedah pernah mengeluarkan 20 biji sudu, 4 garpu dan sejumlah berus gigi di dalam perut salah seorang pesakit mereka.
Pakar bedah dari Pusat Gastroenterology Universiti Mansoura dikatakan mengeluarkan barang perhiasan dan beberapa barangan lain dari perut pesakit berusia 20 tahun.