Lelaki Menderita Sakit Tulang Belakang Bengkok, Terpaksa Alas Perut Dengan Air Kosong Kerana Tak Mampu Bekerja

“Saya sudah biasa berlapar dan minum air kosong akibat kesempitan wang,” kata Saharudin Zulkifli Md Salleh, 44, orang kurang upaya (OKU) fizikal yang menderita masalah tulang belakang bengkok sejak lima tahun lalu.

Lelaki Menderita Sakit Tulang Belakang Bengkok, Terpaksa Alas Perut Dengan Air Kosong kerana Tak Mmpu Bekerja

Saharudin berkata, dia menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 2017 untuk memasang besi bagi menyokong tulang belakangnya yang bengkok dan kos pembedahan ditanggung sepenuhnya oleh tabung kebajikan hospital.

“Apabila kesihatan semakin baik, saya berniaga goreng pisang bersama rakan dengan keuntungan harian dikongsi bersama bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Lelaki Menderita Sakit Tulang Belakang Bengkok, Terpaksa Alas Perut Dengan Air Kosong kerana Tak Mmpu Bekerja

“Bagaimanapun, tulang belakang saya kembali bengkok selepas dua tahun menjalani pembedahan dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak selain tidak boleh berdiri lama dan kini tidak mampu melakukan sebarang kerja,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Kota, di sini, hari ini.

SAHARUDIN Zulkifli tidak boleh melakukan sebarang kerja akibat masalah tulang belakang bengkok dan terpaksa menggunakan tongkat sebagai alat sokongan untuk bergerak.

Lelaki Menderita Sakit Tulang Belakang Bengkok, Terpaksa Alas Perut Dengan Air Kosong kerana Tak Mmpu Bekerja

Menurut anak kedua daripada sembilan beradik itu, dia berkemungkinan perlu menjalani pembedahan kali kedua untuk membetulkan kembali tulang belakangnya yang bengkok dalam jangka masa terdekat.

“Walaupun pembedahan kali kedua ini akan ditanggung kerana berstatus OKU, namun saya buntu untuk mencari wang bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Ada kalanya terpaksa mengharapkan belas ihsan jiran, malah pernah berhutang dengan kedai makan di sekitar rumah untuk sesuap nasi.

Lelaki Menderita Sakit Tulang Belakang Bengkok, Terpaksa Alas Perut Dengan Air Kosong kerana Tak Mmpu Bekerja

“Meskipun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan, saya perlu berjimat-cermat kerana turut perlu membayar sewa rumah RM200 setiap bulan,” katanya yang masih belum berkahwin.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Saharudin di talian 01117971386. – Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply