Lelaki Mempergunakan Bekas Teman Wanita Untuk Perdayakan 40 Lelaki

Lelaki berusia 30 tahun kantoi guna Bekas Teman Wanita Untuk Perdayakan 40 Lelaki. Bermodalkan nama Mawar dan sekeping gambar teman wanitanya, seorang lelaki di Indonesia berjaya memperdaya 40 lelaki hidung belang.arenagempak.com - Lelaki Mempergunakan Bekas Teman Wanita Untuk Perdayakan 40 Lelaki

Pemuda berusia 30 tahun itu menggunakan gambar wanita itu untuk menawarkan khidmat urut yang tempahannya diambil menerusi aplikasi MiChat.

Dilaporkan Tribune News, pemuda itu hanya menawarkan khidmat urutan badan di dalam bilik gelap.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Mataram, Kadek Adi Budi Astawa berkata, suspek yang ditahan pada Jumaat lalu mengenakan syarat menutup lampu sebelum mengurut pelanggannya bagi memastikan tembelangnya tidak pecah.

Dia juga berselindung di sebalik kain yang ditutup di wajah seperti memakai niqab.

Katanya, selama dua bulan beroperasi, pemuda itu mengenakan bayaran Rp 300,000 (RM90.60) setiap urutan.

“Suspek menggunakan gambar wanita sebagai profil di media sosial. Gambar itu adalah teman wanitanya ketika di sekolah menengah.

“Dia juga tidak mahu mengurut jika biliknya tidak gelap bagi menutup helah,” katanya.

Kadek berkata, temberang suspek pecah apabila pemilik gambar berkenaan tampil membuat laporan dan mendakwa banyak menerima pesanan tidak senonoh.

“Ia termasuk mengajaknya melakukan hubungan lNTlM. Pesanan diterima di Facebook. Mangsa bimbang selepas mengetahui gambarnya disalah guna,” katanya.

Suspek yang ditahan berdepan pertuduhan mengikut akta Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE) yang membawa kepada hukuman penjara maksimum lima tahun.

Facebook Comments Box

Leave a Reply