Lelaki Kahwini Anak Saudara Bekas Isteri, Bakal Timbang Cahaya Mata

Seorang pemain bola sepak di Brazil, Hulk mengumumkan bakal menerima zuriat keempat hasil hubungan dengan anak saudara bekas isterinya.Lelaki Kahwini Anak Saudara Bekas Isteri, Bakal Timbang Cahaya Mata

Daily Star melaporkan penyerang pasukan Atletico Mineiro itu mengesahkan bakal menimang cahaya mata bersama Camila Sousa, 32.

Dia memuat naik satu imej imbasan ultrabunyi kandungan isterinya itu di Instagram (IG).

Hulk atau nama sebenarnya Givanildo Vieira de Sousa mengumumkan dia menjalin hubungan dengan Camila selepas mengakhiri perkahwinan selama 12 tahun dengan Iran Angelo pada Julai 2019.Lelaki Kahwini Anak Saudara Bekas Isteri, Bakal Timbang Cahaya Mata

Hubungannya dengan Camila dilaporkan pada Disember tahun itu.

Pasangan berkenaan berkahwin pada September tahun lalu ketika pemain bola sepak berusia 35 tahun itu masih bermain untuk pasukan China Shangai SIPG.

Hasil perkahwinan terdahulu, Hulk dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Sehingga kini, masih belum dipastikan jantina bayi dalam kandungan Camila.

Menerusi IG, Hulk memuat naik gambar bersama isteri baharunya itu.

“Kami sudah lama menanti menerima zuriat dan akan menyayanginya tanpa syarat. Semoga bayi dalam keadaan sihat,” tulisnya.

Hulk yang terkenal dengan tubuh yang kuat mendedahkan hubungannya dengan Camila kepada keluarga termasuk tiga anaknya dengan bekas isteri pada Disember 2019.

Lelaki Kahwini Anak Saudara Bekas Isteri, Bakal Timbang Cahaya Mata

Jurucakapnya dalam satu kenyataan memberitahu Hulk memanggil ibu bapa dan saudara lelaki Camila sebelum menjelaskan perkara sebenar.

“Hulk sendiri yang berkongsi perkara itu secara terbuka kerana dia tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

“Dia bersikap telus kerana ingin mengelakkan penipuan dan komen jahat,” katanya.

Hulk membuat kemunculan untuk Brazil pada November 2009 dalam pertandingan persahabatan menentang England.

Dia dipanggil semula ke pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia 2022 selepas lima tahun tidak beraksi.Lelaki Kahwini Anak Saudara Bekas Isteri, Bakal Timbang Cahaya Mata

Pemain itu menandatangani kontrak dua tahun dengan Atletico Mineiro pada Januari 2021 selepas menjaringkan 77 gol menerusi 145 penampilan ketika bersama Shangai SIPG.

Dia diberi jolokan Hulk kerana persamaannya dengan pelakon Lou Ferrigno, yang memainkan watak Incredible Hulk dalam siri televisyen tahun 1970-an.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply