Langit Jadi Gelap, Fenomena Menggerunkan Puting Beliung Nyamuk Berlaku Di Argentina

Penduduk di Argentina digemparkan dengan fenomena jutaan nyamuk berterbangan di udara hingga membentuk formasi seakan puting beliung nyamuk di ruang udara. Fenomena tersebut berlaku selepas penduduk Buenos Aires dilaporkan akan berdepan serangan nyamuk besar-besaran.Langit Jadi Gelap, Fenomena Menggerunkan Puting Beliung Nyamuk Berlaku Di Argentina

Satu klip video yang dirakam di lebuh raya Laluan 74 antara Jeneral Madariaga dan Pinamar di Argentina telah memaparkan fenomena menggerunkan ‘pu­ting beliung’ nyamuk itu berterbangan di udara.

‘Semakin lama ia semakin besar. Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku,” demikian menurut seorang lelaki yang menyaksikan kejadian tersebut.

Menurut Juan Jose Garcia yang merupakan penyelidik di Pusat Parasitologi dan Kajian Vektor (CEPAVE) berkata, banjir yang disebabkan hujan lebat telah meninggalkan banyak kolam air bertakung di mana nyamuk-nya­muk betina bertelur.Langit Jadi Gelap, Fenomena Menggerunkan Puting Beliung Nyamuk Berlaku Di Argentina

“Situasi ini mengakibatkan kemunculan ‘sejumlah besar’ serangga itu yang ‘menyerang bandar’.

“Meskipun jumlah nyamuk meningkat mendadak, serangga itu tidak menimbulkan ancaman kepada manusia tetapi berpotensi menjejaskan aktiviti pertanian,” tambahnya lagi. Para pendudk juga diminta untuk bertenang selama lebih kurang 15 hari akan datang dan tidak panik sehingga situasi menjadi reda.Langit Jadi Gelap, Fenomena Menggerunkan Puting Beliung Nyamuk Berlaku Di Argentina

Terdapat beberapa penduduk yang mahukan pihak berkuasa melakukan teknik pengasapan atau ‘fogging’ terhadap nyamuk-nyamuk tersebut, tetapi kaedah itu tidak berkesan kerana hanya berupaya membunuh sebilangan kecil daripada nyamuk-nyamuk terbabit.

VIDEO:

Jurucakap pentadbir bandar Pinamar juga memberitahu teknik fogging juga berpotensi membawa risiko bahan kimia meracuni rantaian makanan yang akan memberi kesan buruk terhadap pemangsa semula jadi serangga.

Menurut jurucakap itu lagi, tindakan pengasapan atau fogging hanya akan diambil untuk kes-kes yang melampau dan terdapat ancaman yang nyata terhadapa orang awam.

Facebook Comments Box

Leave a Reply