Kucing Tidak Dikenali Sesat Ke Rumah, Pemilik Rumah Usaha Cari Pemilik Sampai Jumpa

Kucing Tidak Dikenali Sesat Ke Rumah, Pemilik Rumah Usaha Cari Pemilik Sampai Jumpa.arenagempak.com - Kucing Tidak Dikenali Sesat Ke Rumah, Pemilik Rumah Usaha Cari Pemilik Sampai Jumpa

Seorang pelayar Twitter meminta bantuan pengguna laman sosial untuk membantunya mencari pemilik seekor kucing yang sesat di rumah keluarganya di bandar Edinburgh, Scotland.

Dikenali @mainecoonstan menciap status dengan kapsyen, ibu dan kakak mendapati kucing memiliki bulu cantik berwarna hitam dan putih itu telah sesat.

“Adakah sesiapa kehilangan kucing berwarna hitam dan putih dengan tanda khas di kepalanya? Mari bantu saya mencari pemiliknya,” ciapnya hingga tular di laman sosial.

Pada hantaran sama, @mainecoonstan juga memuat naik gambar kucing itu yang berada di hadapan rumah keluarganya.

arenagempak.com - Kucing Tidak Dikenali Sesat Ke Rumah, Pemilik Rumah Usaha Cari Pemilik Sampai Jumpa

Difahamkan, kucing itu sangat jinak dan pasti ia bukan kucing jalanan.

Dalam pada itu, selang beberapa jam @mainecoonstan menciap statusnya, akhirnya kucing itu berjaya menemui pemiliknya.

“Berita baik, pemilik kucing ini telah ditemui dan telah ditemukan. Kucing berkenaan telah hilang sejak April.

arenagempak.com - Kucing Tidak Dikenali Sesat Ke Rumah, Pemilik Rumah Usaha Cari Pemilik Sampai Jumpa

“Terima kasih kerana membantu dan ulang kongsi status ini,” katanya yang menghargai usaha netizen.

Sementara itu, netizen melahirkan rasa gembira dan berharap haiwan itu tidak sesat lagi kerana bimbang keadaan wabak koronavirus (Covid-19) menyukarkan haiwan mencari makanan dan boleh mati kelaparan.  – Sinar Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply