Kucing Meluru Masuk Rumah Ditemui Terperangkap Di Lubang Saluran Air Dalam Rumah

Seperti yang kita sedia maklum, kucing merupakan haiwan yang agak nakal dan kadang-kadang mereka melakukan sesuatu yang nampak tak masuk akal dan membahayakan diri mereka. Namun, telatah dan kecomelan mereka membuatkan ramai orang yang tertarik kepada haiwan ini.Kucing Meluru Masuk Rumah Ditemui Terperangkap Di Lubang Saluran Air Dalam Rumah  - arenagempak.com

Di sebuah rumah di Tengkera, melaka Tengah, seekor kucing telah terperangkap dalam saluran air dan tidak dapat melepaskan diri. Tidak dapat dipastikan apa punca kucing itu terperangkap disitu, tetapi pihak ejen perumahan yang datang dan melihat keadaannya telah segera memanggil bantuan pihak Bomba.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah telah dikejarkan ke rumah terbabit.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Norezura Md Azam, mereka telah menerima panggilan kecemasan daripada seorang ejen perumahan mengenai kucing berkenaan.

 

Difahamkan rumah tersebut kosong dan tidak berpenghuni dan kucing itu hanya disedari oleh pihak ejen yang datang untuk melihat dan membersihkan rumah tersebut.

Kucing Meluru Masuk Rumah Ditemui Terperangkap Di Lubang Saluran Air Dalam Rumah  - arenagempak.com

Ketika itu juga, datang seekor kucing yang entah dari mana dan terus meluru masuk ke rumah dan akhirnya terperangkap di lubang salur air di dalam tandas bilik utama.

Ejen perumahan yang menyedari keadaan si kucing cuba untuk menarik dan mengeluarkan kucing tersebut tetapi tidak berjaya, dan dia kemudiannya menghubungi pihak Bomba untuk bantuan.Kucing Meluru Masuk Rumah Ditemui Terperangkap Di Lubang Saluran Air Dalam Rumah  - arenagempak.com

Pihak Bomba mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan kucing tersebut.

“Awalnya, kami cadang untuk pecahkan lubang itu tetapi cuba menariknya terlebih dahulu. Mulanya kucing itu meronta namun tidak lama selepas itu keadaannya tenang.

 

“Operasi menyelamat sedikit sukar kerana keadaan salur air itu berada dalam keadaan bengkok menyebabkan badan kucing itu tersangkut,” ujar Tuan Norezura Md Azam.Kucing Meluru Masuk Rumah Ditemui Terperangkap Di Lubang Saluran Air Dalam Rumah  - arenagempak.com

Difahamkan kucing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilepaskan semula selepas diselamatkan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply