Seorang wanita warga emas pasti tidak menyangka kucing peliharaannya ditakdirkan akan menjadi penyelamatnya dalam satu insiden satu hari nanti.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini di Cornwall, England, seorang wnaita warga emas telah terjatuh ke dalam gaung dekat dengan sebuah sungai sedalam 70 kaki. Wanita itu didapati hilang kemungkian selama beberapa jam sebelum disedari oleh jirannya.
Jirannya yang bimbang dengan keselamatan dan keadaan wanita itu kemudiannya segera membuat laporan polis sebelum pasukan penyelamat dikerah mencari wanita tersebut.
Operasi untuk mencari dan menyelamatkan wanita tersebut berdepan sedikit kesukaran kerana keadaan tempat tersebut yang curam dan tidak rata. Walaubagaimanapun akhirnya kucing peliharaan wanita itu tampil menjadi hero.
Seorang wanita dikenali sebagai Tamar Longmuir, 38 yang merupakan sebahagian daripada kumpulan penyelamat tiba-tiba terdengar suara kucing mengiau dengan kuat.
Tamar Longmuir kemudiannya berjaya menemui wanita warga emas yang dicari mereka yang dalam keadaan terbaring. Pasukan penyelamat kemudiannya berjaya menyelamatkan wanita berusia 83 tahun itu yang didapati berada di dalam gaung sedalam 70 kaki.
Wanita itu kemudiannya segera dibawa ke hospital dengan menaiki helikopter mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Wanita itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut salah seorang saksi, wanita itu kemungkinan besar sukar untuk ditemui jika kucing peliharaannya yang bernama Piran itu tidak mengiau dan didengari orang awam. Ini kerana kawasan di mana wanita itu ‘hilang’ adalah agak terlindung dari pandangan orang.
Pihak polis juga bersetuju dengan saksi tersebut dan mengatakan kucingnya, Piran telah menjadi penyelamat kepada wanita tersebut. Piran juga akan dijaga dan diberi makanan oleh rakan kepada tuannya buat sementara sehingga tuannya sudah sembuh.