Kerja Jaga Parking Kereta, Tapi Separuh Gaji Digunakan Untuk Makanan Kucing Dan Anjing Liar

Seorang lelaki berkongsikan kisah dan perbualannya dengan mengenai seorang pemuda yang sering dilihat memberikan makanan kepada kucing dan anjing liar.Kerja Jaga Parking Kereta, Tapi Separuh Gaji Digunakan Untuk Makanan Kucing Dan Anjing Liar

Insan berhati mulia.

Bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun. Kebetulan kawasan aku bertugas jadi aku dapat jumpa adik att ni setiap hari.

Kerja jaga parking kereta di pekan Bukit Mertajam, separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini. Agak pemalu budak ni setelah beberapa bulan baru aku dapat bersembang dengan dia.Kerja Jaga Parking Kereta, Tapi Separuh Gaji Digunakan Untuk Makanan Kucing Dan Anjing Liar

Menurutnya setiap hari dia akan memberi makan 2 kali iaitu pagi dan petang di lokasi yang berbeza.

Jadi aku tanya lagi kalau cuti atau pergi melancong macamana? Saya tak akan pergi mana-mana atau cuti saya sangat sayang dan rindukan mereka.

Tambahnya lagi kalau hari hujan, kucing-kucing dan anjing-anjing ini akan tetap setia menunggunya walaupun basah kuyup. Itu sebabnya saya tak sampai hati nak tinggalkan mereka.Kerja Jaga Parking Kereta, Tapi Separuh Gaji Digunakan Untuk Makanan Kucing Dan Anjing Liar

Allah mulianya hati hang att walaupun imej nampak biasa2 tapi hati sapa yang tahu. Siapa yang tinggal area Bukit Mertajam pasti akan terserempak dengan budak ni di lorong-lorong kedai atau bawah jambatan.

Semoga urusan dan kerja pemuda ini dipermudahkan dan diberikan rezeki yang luas.

Kredit: Azman Ali

Facebook Comments Box

Leave a Reply