Kereta Ditimpa Batu Konkrit Sampai Remuk, Wanita Nyaris Maut

KUALA LUMPUR: Seorang wanita nyaris maut apabila keretanya ditimpa batu konkrit struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini petang tadi.arenagempak.com - Kereta Ditimpa Batu Konkrit Sampai Remuk, Wanita Nyaris Maut

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala Ampang itu, mangsa dilaporkan hanya cedera pada tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk rawatan.

Insiden menyebabkan wanita berkenaan terperangkap dalam kereta PROTON Saga FLX dipandunya yang remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa kepingan konkrit dianggarkan bersaiz 1 meter persegi.

arenagempak.com - Kereta Ditimpa Batu Konkrit Sampai Remuk, Wanita Nyaris Maut

Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian, tidak lama selepas itu sebelum dihantar ke PPUKM.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, berkata identiti wanita terbabit masih belum diperolehi setakat ini.

arenagempak.com - Kereta Ditimpa Batu Konkrit Sampai Remuk, Wanita Nyaris Maut

“Wanita berkenaan cedera pada tangan dan dihantar ke PPUKM untuk rawatan. Tiada mangsa atau kenderaan lain terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

arenagempak.com - Kereta Ditimpa Batu Konkrit Sampai Remuk, Wanita Nyaris Maut

Beliau berkata, kejadian juga menyebabkan gangguan lalu lintas sehingga ke Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

arenagempak.com - Kereta Ditimpa Batu Konkrit Sampai Remuk, Wanita Nyaris Maut

Katanya, kerja mengalihkan kenderaan terbabit mengambil masa kira-kira dua jam sebelum satu lorong di laluan itu yang terjejas akibat kejadian, dapat dibuka semula.

“Siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih dijalankan oleh polis,” katanya. – Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply