Kerapkali Diperli Belum Ada Anak, Suami Sebak Isteri Sah Hamil Selepas 7 Tahun Perkahwinan

Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mempunyai impian untuk memiliki anak, namun tidak semua orang ditakdirkan memiliki anak kandung dalam waktu yang singkat. Seringkali apabila berkahwin, pasangan suami isteri akan sentiasa dihujani pertanyaan tentang anak.

Segelintir orang dalam masyarakat kita membunyai tabiat buruk apabila suka mengata mengenai suami isteri yang belum mempunyai anak meskipun sudah lama kahwin, seperti yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini.

Kerapkali Diperli Belum Ada Anak, Suami Sebak Isteri Sah Hamil Selepas 7 Tahun Perkahwinan

Akhirnya selepas 7 tahun penantian mereka bakal berakhir apabila si isteri disahkan hamil. Hal tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @cikvee93 apabila diberi nikmat hamil selepas 7 tahun mendirikan rumah tangga.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah reaksi suaminya apabila diberitahu bakal menjadi bapa tidak lama lagi. Dalam video tersebut kelihatan dia terkejut dan menangis dengan khabar gembira it.Kerapkali Diperli Belum Ada Anak, Suami Sebak Isteri Sah Hamil Selepas 7 Tahun Perkahwinan

Selepas melihat alat ujian kehamilan, dia langsung berasa terkejut dan terus sebak lebih-lebih lagi menerima sebiji kek bertulis “Mom and dad to be.”

Mereka merasakan apa yang berlaku adalah satu kenangan yang indah buat mereka berdua dan sangat terharu dengan kurniaan daripada Tuhan.

Kerapkali Diperli Belum Ada Anak, Suami Sebak Isteri Sah Hamil Selepas 7 Tahun Perkahwinan

@cikvee93
Disebalik duka bertukar jadi senyuman dan tawa bahagia ??#penantian7tahun????

VIDEO 1:

Pengguna TikTok itu juga memaklumkan yang khabar gembira ini menjadi pengubat setiap kedukaan yang mereka lalui sebelum ini apabila sering diperli kerana belum mempunyai anak.

VIDEO 2:

Justeru itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah diatas kehamilannya dan mendoakan agar dia terus sihat sehingga hari bersalin juga.

Ramai juga yang berharap turut dikurniakan cahaya mata dan mereka juga sempat berkongsi kisah yang hampir sama dengan @cikvee93.

Tahniah, Doakan juga buat mereka yang belum ada rezeki..

Kerapkali Diperli Belum Ada Anak, Suami Sebak Isteri Sah Hamil Selepas 7 Tahun Perkahwinan Kerapkali Diperli Belum Ada Anak, Suami Sebak Isteri Sah Hamil Selepas 7 Tahun Perkahwinan Moga dipermudahkan urusan

Kerapkali Diperli Belum Ada Anak, Suami Sebak Isteri Sah Hamil Selepas 7 Tahun Perkahwinan

Sumber: TikTok @cikvee93, OMM

Facebook Comments Box

Leave a Reply