Kerana Seorang Ingkar Kuarantin, 7,000 Penduduk Kena PKPD Dan Disaring

KUALA LUMPUR: Angkara seorang individu ingkar kuarantin di rumah, kira-kira 7,000 penduduk meliputi empat mukim di Kedah, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) mulai hari ini hingga 30 Ogos.arenagempak.com - Kerana Seorang Ingkar Kuarantin, 7,000 Penduduk Kena PKPD Dan Disaring

TEMCO dilaksanakan bagi membolehkan pasukan petugas perubatan menyaring semua penduduk terbabit daripada jangkitan COVID-19 dalam penularan pandemik dikenali sebagai Kluster Sivagangga yang setakat ini sudah menjangkiti 11 mangsa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD TEMCO itu akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan penutupan beberapa jalan utama.

“Mengambil kira 11 kes baharu yang berpunca daripada Kluster Sivagangga di Kedah yang membabitkan empat mukim, Kerajaan Negeri Kedah memohon untuk melaksanakan PKPD TEMCO.

“Pertama, satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap).

arenagempak.com - Kerana Seorang Ingkar Kuarantin, 7,000 Penduduk Kena PKPD Dan Disaring

“Seramai 7,000 penduduk di kawasan berkenaan akan disaring secara swab test (ujian calitan),” katanya.

Ismail Sabri berkata, selain sekolah dan tadika, masjid dan rumah ibadat dalam kawasan berkenaan akan turut ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD TEMCO.

Bagaimanapun, bagi solat Jumaat, cuma tiga orang jemaah dibenarkan bagi melaksanakan ibadah berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mengenai Pelaksanaan PKPP di Parlimen, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply