Kecewa Teman Wanita Campak Hadiah Teddy Bear Selepas Jumpa BF Baru

Bagi pasangan bercinta, pemberian hadiah adalah sangat bermakna sebagai tanda penghargaan dan kenangan suka duka ketika bersama.Kecewa Teman Wanita Campak Hadiah Teddy Bear Selepas Jumpa BF Baru

Namun apabila hubungan terputus di tengah jalan, barang hadiah disifatkan perlu dilupakan dengan melakukan pelbagai cara seperti membuang, membakar atau memberikan kepada pemilik asal.

Baru-baru ini, seorang pemuda kecewa apabila seorang gadis dipercayai teman wanitanya memulangkan kembali anak patung teddy bear yang dihadiahkan selepas bertemu dengan kekasih lelaki baru.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, gadis itu berada di luar kenderaan kekasih barunya sebelum didatangi pemuda tersebut di kawasan parkir kereta.

Kecewa Teman Wanita Campak Hadiah Teddy Bear Selepas Jumpa BF Baru

Kemudian, pemuda itu dilihat seolah-olah bertanya siapa gerangan lelaki di dalam kenderaan tersebut, namun gadis itu terus bertindak mengeluarkan teddy bear dari kereta dan mencampakkan kepada kekasih lamanya.

“Sekarang dah tahu sebab apa kau pilih dia. P/s dia tak nak pun teddy bear tu, boyfriend (baru) dia dah belikan yang baru so yah,” tulis kapsyen video tersebut.

Selepas gadis tersebut dan kekasih barunya beredar, pemuda itu menunjukkan ekspresi sedih sambil mengesat air mata dan membawa anak patung berkenaan masuk ke dalam rumah.

Kecewa Teman Wanita Campak Hadiah Teddy Bear Selepas Jumpa BF Baru

Video berdurasi 56 saat itu ditonton hampir 812,000 kali selain dihujani 8,174 komen netizen yang meluahkan reaksi masing-masing terhadap situasi terbabit.

VIDEO:

Kisah benar?

Kecewa Teman Wanita Campak Hadiah Teddy Bear Selepas Jumpa BF Baru Keluar air mata jantan!

 

Kecewa Teman Wanita Campak Hadiah Teddy Bear Selepas Jumpa BF Baru

Perempuan tu dah tawar hati?Kecewa Teman Wanita Campak Hadiah Teddy Bear Selepas Jumpa BF Baru

Baru pakai Honda dah perangai macam tu, belum Ferrari lagi

Kecewa Teman Wanita Campak Hadiah Teddy Bear Selepas Jumpa BF Baru

Kesian juga tengok pemuda tu! Cerita betul atau ‘content’ semata-mata? Tetap ada pengajaran – hati manusia boleh berubah sekelip mata. Jadi berpada-padalah kalau sayang, jangan sampai hati merana.

Sumber: OMM

Facebook Comments Box

Leave a Reply