Pada zaman sekarang, harga-hara barang menjadi makin mahal dari tahun-tashun sebelumnya dan boleh dikatakan ramai antara kita yang akan mencari inisiatif lain untuk menambah duit pendapatan untuk belanja seharian. Ini termasuklah para pelajar yang mungkin mahu mencari cara bagi menampah duit belanja mereka.
“Tidak apalah, saya sudah halalkan. Mungkin mereka tiada duit kecil atau pun ada niat lain di sebaliknya,” itu reaksi Nurul Nazirah Abd Aziz, penuntut sebuah universiti apabila hanya mendapat RM8 daripada hasil jualan 25 bekas dadih.
Menurut pelajar wanita ini, dia mengusahakan dadih secara kecil-kecilan yang dijual RM1 satu sejak semester lalu dan buat pertama kali meletakkan barangan jualan dengan kadar sewa sebulan di tempat khas yang disediakan universiti.
Sebelum ini dia pernah mencuba nasib merniaga dadih di rumah sewa dekat Desa Anggerik, Nilai namun hasilnya kurang memberangsangkan dan dia kemudian mencuba nasib untuk meniaga di universiti di tempat yang khas disediakan untuk pelajar berniaga.
“Selepas selesai berurusan, saya bersetuju meletakkan 25 dadih pada hari pertama dan berharap jualan mendapat sambutan berbanding di rumah sewa.
“Pada sebelah petang, saya ditemani rakan ke tempat itu untuk mengutip hasil jualan. Pada mulanya, saya mengangkat kotak dan ringan.
“Kami tersenyum kerana menyangka jualan hari ini berhasil sebaliknya, apabila mengira wang, saya terkejut.
Mereka terkejut kerana mendapat duit yang diperoleh hanya RM8, malah salah satu bayaran dibuat menggunakan duit koyak.
“Kami hanya dapat RM8 bahkan satu daripadanya dibayar menggunakan duit yang sudah koyak,”
Mereka pulang dengan perasaan hampa manakala rakannya menangis kerana mengenangkan hal tersebut.
Kisah itu kemudian dimuat naik dalam Twitter dengan status seperti dibawah:
“Letak dadih 25 bekas dapat RM8 je..tu pun seringgit duit koyak”
Status ini kemudian mendapat banyak perhatian netizen yang turut bersimpati dan memberikan kata-kata semangan untuk mereka. Malah ada netizen membalas komen sambil meminta nombor akaunnya untuk menggantikan duit yang tidak dibayar.
Nurul Nazirah memberitahu dirinya hampir berputus asa tetapi tetap mahu meneruskan meneruskan perniagaan itu selepas mendapat sokongan daripada rakan-rakannya. Tambahnya lagi, lokasi itu memang paling laris berbanding di kawasan rumah sewanya yang mengambil masa mungkin sampai 4 hari baru habis.