“Kau Tu Cuma Peniaga Jalanan, Tak Setaraf Dengan Anak Aku..” – Wanita Memarahi Penjaja Makanan. Video seorang ibu memarahi penjaja makanan di tepi jalan tular di media sosial sejak awal tahun lalu.
Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, si ibu sedang membebel memarahi lelaki berkenaan yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan anak perempuannya.
Tetapi hubungan mereka tidak dapat diterima oleh si ibu yang kemudian datang bersama dengan anak perempuannya berdepan dengan lelaki itu.
Video seorang ibu memarahi penjaja makanan di tepi jalan tular di media sosial sejak 19 Januari 2020. Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, si ibu sedang membebel memarahi lelaki berkenaan yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan anak perempuannya.
Tetapi hubungan mereka tidak dapat diterima oleh si ibu yang kemudian datang bersama dengan anak perempuannya berdepan dengan lelaki itu.
Dengan nada suara yang tinggi si ibu berkata bahawa lelaki itu tidak layak bercinta dengan anaknya.
“Kau tu tak sama level dengan anak aku. (Apa tahap) pendidikan kau berbanding dengan anak aku?
Status kau tu cuma berniaga macam ni (menjaja di tepi jalan).
"pekerjaan penjual cilok, berani macarin anak saya, pendidikan kamu itu gak level dg anak saya" pic.twitter.com/lxHw3Wzv50
— urung nyerah (@WiraWir55057907) January 18, 2020
“Ini yang kau nak bangga kan? Macam ni nak jadi suami kepada anak aku?!” kata wanita itu sambil menunjuk-nunjuk muka lelaki itu sebelum mengambil penutup periuk dan mencampakkannya ke lantai.
“Sampai bila pun, jangan bermimpilah nak jadi suami kepada anak aku, paham!?” tegasnya yang kemudian menarik tangan anaknya pulang.
Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan sikap angkuh si ibu.
Masih ingat video ini?
semuanya salah paham, mereka hanya lagi syuting dan mereka sebagai talent. pic.twitter.com/vVUQsVZjHj
— Kelvin Pranama (@kelvinpranama_) January 21, 2020
“Kalau ye pun tak nak terima lelaki itu, tak payahlah nak merendah-rendahkan dia,” kata netizen.
Bagaimanapun, itu semua hanya lakonan sahaja. Disebabkan video viral itu, ibu kepada pelakon wanita itu dikecam teruk oleh netizen membuatkan si anak terkilan.
“Padahal cuma sebagai talent (lakonan) dan diserang ramai orang…”
Lakonan je guys, sebab tu penting kena siasat dulu apa-apa isu atau benda yang viral di media social. Apa-apapun, lakonan mereka memang terbaik sebab ramai yang terpedaya kan.