Kantoi Guna Lipstik Conteng Kereta, Budak Lelaki Segera Lari Dengan Basikal 3 Roda Menyedari Perbuatannya Diketahui orang

Kanak-kanak walaupun pada fizikal mereka kelihatan comel dan disukai ramai namun kadangkala kenakalan mereka boleh membuatkan orang dewasa berasa bengang.Kantoi Guna Lipstik Conteng Kereta, Budak Lelaki Segera Lari Dengan Basikal 3 Roda Menyedari Perbuatannya Diketahui orang

Usia kanak-kanak sememangnya usia dimana kita akan teruja mahu mencuba melakukan benda-benda baru dan kadangkala kenakalan kanak-kanak akan membuatkan orang dewasa marah dan hilang sabar.

Namun begitu, kita hendaklah ingat bahawa diusia yang mentah kanak-kanak masih belum boleh berfikir dengan matang dan kita diusia kanak-kanak juga mungkin melakukan perkara yang serupa diusia mereka.Kantoi Guna Lipstik Conteng Kereta, Budak Lelaki Segera Lari Dengan Basikal 3 Roda Menyedari Perbuatannya Diketahui orang

Baru-baru ini, tular mengenai satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki kantoi sedang menconteng sebuah kereta berwarna putih. Bila diteliti, rupanya dia menggunakan lipstik merah yang berkemungkinan milik ibunya untuk menconteng kereta berkenaan.

Kanak-kanak lelaki itu kelihatan khusyuk menconteng kereta berkenaan hinggalah dia menyedari ada orang yang memerhatikannya. dan merakam aksinya.Kantoi Guna Lipstik Conteng Kereta, Budak Lelaki Segera Lari Dengan Basikal 3 Roda Menyedari Perbuatannya Diketahui orang

Apa yang lagi melucukan adalah kanak-kanak lelaki itu segera cuba lari dari tempat kejadian dengan menaiki basikal tiga roda sebaik menyedari perbuatannya telah diketahui. Malah dari video yang ditularkan, dipercayai kanak-kanak lelaki ini menggunakan banyak lipstik untuk menconteng kereta putih tersebut.

Video kanak-kanak itu kemudiannya dimuatnaik ke laman twitter oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Morissa Schwartz dengan ayat “Dia akan memiliki kedai cat kereta satu hari nanti”Kantoi Guna Lipstik Conteng Kereta, Budak Lelaki Segera Lari Dengan Basikal 3 Roda Menyedari Perbuatannya Diketahui orang

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut yang disifatkan comel walaupun nakal, dan seorang pengguna mengatakan kanak-kanak itu mempunyai bakat dalam bidang lukisan. Satu komen lagi pula dengan berseloroh mennyuruh kanak-kanak itu menggunakan pemutar skru lain kali.

VIDEO:

Meskipun tidak dapat dipastikan siapa pemilik kereta itu, seorang pengguna berharap agar kereta itu adalah milik ahli keluarga kanak-kanak itu bagi mengelakkan berlaku masalah dengan orang luar.

Facebook Comments Box

Leave a Reply