Kanak-kanak Perempuan Mengadu Sakit Dan Gatal Di Telinga, Doktor Terkejut Menemui 80 Ekor Ulat Dalam Telinganya

Sebanyak 80 ekor ulat dikeluarkan dari telinga seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, setelah mengadu sakit dan gatal di bahagian telinga kirinya sejak seminggu.Kanak-kanak Perempuan Mengadu Sakit Dan Gatal Di Telinga, Doktor Terkejut Menemui 80 Ekor Ulat Dalam Telinganya

Rahdhika Mandloi, pada awalnya mengadu berasa tidak selesa dan gatal di bahagian telinga kiri sejak seminggu lalu menyebabkan Radhika kerap menangis tanpa henti. Bingung dengan keadaan Radhika, ibubapanya terus membawa Radhika ke hospital untuk pemeriksaan.

Doktor Raj Kumar Mundra yang memeriksa Radhika, terkejut apabila mendapati sejumlah besar kehadiran ulat dan larva di dalam telinga kanak-kanak itu.

“Saya sangat terkejut, ini kali pertama saya melihat begitu banyak ulat dan larva di dalam telinga manusia,” katanya.Kanak-kanak Perempuan Mengadu Sakit Dan Gatal Di Telinga, Doktor Terkejut Menemui 80 Ekor Ulat Dalam Telinganya

Jelasnya, ulat yang menghuni telinga Radhika adalah jenis yang mudah tertarik dengan bau busuk dan hidup dalam persekitaran yang tidak bersih. Difahamkan, keluarga Radhika tinggal di kawasan yang tidak terjaga kebersihannya dipercayai punca kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.

Tegas doktor berkenaan, jika telinga Radhika tidak diberikan rawatan segera, ulat tersebut akan mula memakan otaknya dan mendatangkan bahaya kepada Radhika.

Doktor menjalankan dua pembedahan terhadap Radhika di mana pembedahan pertama yang mengambil masa 90 minit, berjaya mengeluarkan 70 ekor ulat. Manakala pembedahan kedua mengeluarkan saki baki ulat yang menghuni telinga Radhika.Kanak-kanak Perempuan Mengadu Sakit Dan Gatal Di Telinga, Doktor Terkejut Menemui 80 Ekor Ulat Dalam Telinganya

Radhika kemudian diletakkan di bawah pemerhatian khas oleh doktor selama seminggu di hospital bagi memastikannya pulih sepenuhnya.

Justeru, Doktor Raj Kumar Mundra menasihatkan, ibu bapa perlu menjaga kebersihan telinga anak mereka. Jika terdapat cecair keluar dari telinga, jangan dibiarkan kerana ia boleh menarik perhatian serangga seperti larva yang boleh membiak dengan pantas. Sebaik-baiknya, hantar anak ke hospital untuk mendapat rawatan segera.Kanak-kanak Perempuan Mengadu Sakit Dan Gatal Di Telinga, Doktor Terkejut Menemui 80 Ekor Ulat Dalam Telinganya

Kes yang hampir serupa berlaku di Taiwan

Sementara itu, seorang wanita Taiwan yang mengalami sakit telinga, terkejut besar selepas mendapati seekor berenga hidup di dalam telinganya apabila mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini, baru-baru ini.

Dr. Cheng-Ping Shih dari Hospital Besar Tri-Service berkata, pada mulanya beliau mengeluarkan alat bantuan pendengaran yang dipasang pada telinga kiri wanita tersebut dan mendapati organ pendengarannya itu berlumuran darah.

Shih berkata, pemeriksaan lebih lanjut mendapati, terdapat seekor larva lalat buah sedang bergerak di dalam telinga wanita yang tidak dikenali itu.

Jelasnya, ulat tersebut dipercayai berada di dalam telinga wanita berusia 48 tahun terbabit selama sekurang-kurangnya sehari.

Wanita tersebut tidak sedar larva berkenaan bergerak di dalam telinga yang tidak lagi sensitif kerana telah bertahun-tahun memakai alat bantuan pendengaran. Alat tersebut juga menyebabkan telinga wanita itu menjadi panas, sekali gus sesuai untuk larva tinggal di situ,” katanya kepada rangkaian televisyen NBC News.

Larva tersebut berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kesukaran dan wanita terbabit diberikan antibiotik. Sakit telinga dan tahap pendengaran wanita itu semakin pulih selepas dua minggu dirawat.

Facebook Comments Box

Leave a Reply