SEORANG jururawat yang sedang ditemubual di hadapan kamera selepas menerima suntikan vaksin Pfizer bagi mencegah jangkitan Covid-19, tiba-tiba pengsan.
Tifanny Dover, Ketua Jururawat di Hospital Chattanooga yang terletak di Tennesse, Amerika Syarikat ketika itu sedang bercakap dalam satu sidang media.
Pengsan selepas disuntik vaksin
“Semua petugas saya, sangat teruja untuk menerima vaksin. Kami dari unit Covid, oleh itu pasukan saya yang pertama mendapat peluang untuk menerima vaksin itu,
Ketika sedang berinteraksi dengan wartawan, Tiffany Dover dilihat mula merasa tidak selesa dan berkata: “Maaf, saya rasa pening,” sebelum dia kemudian dilihat jatuh pengsan di hadapan kamera dan seterusnya petugas perubatan muncul memberi bantuan.
Dover kemudiannya dilaporkan tersedar kembali, dan menjelaskan bahawa dia akan merasa pening apabila kesakitan.
“Ia tiba-tiba dan mengejutkan saya, saya rasa baik sekarang, ia perkara yang biasa kepada saya,” katanya.
Pengarah hospital unit rawatan rapi hospital tersebut berkata reaksi seperti ini sering berlaku dalam sebarang proses suntikan vaksin, dan kejadian itu tiada kena mengena dengan kualiti vaksin berkenaan.
Difahamkan Dover sebelum itu telah menerima suntikan vaksin Pfizer di hospital berkenaan sebelum ditemubual secara langsung oleh stesen telivisyen News Channel 9.
Kira-kira 17 minit selepas menerima suntikan dia mula merasa pening, dan dilihat memegang kepala dan beredar sebelum jatuh pengsan.
VIDEO:
WATCH: Nurse passes out on live TV after taking vaccine in Chattanooga, Tennessee. Nurse Manager Tiffany Dover was okay and spoke again with local station WTVC, saying she has a condition where she often faints when she feels pain.
“It’s common for me,” she said. pic.twitter.com/wqUhX577vc
— Breaking911 (@Breaking911) December 18, 2020
Sumber: Milosuam