Jumpa Objek Pelik Disangka Harta Karun Kuno, Tapi Sebenarnya Satu BENDA Lain Yang ‘RARE’

Seorang petani di Zhejiang, China yang sedang bekerja telah menemui satu objek pelik yang seakan-akan duit syiling zaman kuno atau artifak kuno.Jumpa Objek Pelik Disangka Harta Karun Kuno, Tapi Sebenarnya Satu BENDA Lain Yang 'RARE'

Petani itu berdebar-debar apabila ternampak objek tersebut dan pada fikirannya, dia kemungkinan telah menemui harta karun. Bahagian kepala yang mempunyai garisan itu sangat halus seakan-akan salah satu artifak kuno, namun objek tersebut sebenarnya bukanlah harta karun.

Petani yang curiga dengan benda itu pun cuba mencungkilnya keluar daripada tanah.Jumpa Objek Pelik Disangka Harta Karun Kuno, Tapi Sebenarnya Satu BENDA Lain Yang 'RARE'

Tetapi sebaik sahaja petani berjaya mengeluarkan objek itu, dia terperanjat besar. Rupa-rupanya itu adalah labah-labah yang besar dan bukannya duit syiling kuno seperti yang disangkakan sebelum ini.

Labah-labah itu sebenarnya merupakan salah satu spesis labah-labah yang sangat jarang ditemui dan dikenali sebagai “ravine trapdoor spider” (Cyclocosmia ricketti) dan sangat jarang ditemui. Jumpa Objek Pelik Disangka Harta Karun Kuno, Tapi Sebenarnya Satu BENDA Lain Yang 'RARE'

Meskipun labah-labah itu kelihatan agak garang dan menggerunkan tetapi racunnya tidak membawa maut kepada manusia.

Antara ciri-ciri yang paling menonjol pada labah-labah “ravine trapdoor spider” ini ialah bahagian punggungnya yang besar itu.

Jumpa Objek Pelik Disangka Harta Karun Kuno, Tapi Sebenarnya Satu BENDA Lain Yang 'RARE'

Labah-labah ini juga kelihatan seperti objek hemisfera dan sama seperti cop rasmi atau duit syiling kuno.

Jika anda tertanya-tanya apa fungsi punggung labah-labah yang besar itu, sebenarnya ianya adalah untuk kegunaan perisai dirinya.Jumpa Objek Pelik Disangka Harta Karun Kuno, Tapi Sebenarnya Satu BENDA Lain Yang 'RARE'

 

Jika ada musuh atau hidupan yang datang mendekati, labah-labah ini akan masuk ke dalam lubang tanah dan meninggalkan punggung besarnya itu di luar yang sekaligus menutup pintu lubang tersebut. Selain itu, ia juga boleh menghentikan sengatan lebah.Jumpa Objek Pelik Disangka Harta Karun Kuno, Tapi Sebenarnya Satu BENDA Lain Yang 'RARE'

 

Akhir sekali dinasihatkan jika anda menemui labah-labah yang tidak dikenali, elok jangan diganggu dan dibiarkan sahaja dalam habitatnya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply