Seperti kata orang rezeki itu tak pernah salah alamat. Datang tanpa diduga dan pergi pun tak diduga. Sekumpulan nelayan seramai 35 orang di negara Yaman langsung tidak menyangka akan tuah mereka pada hari tersebut.
Ketika itu, salah seorang nelayan dari Seriah memberitahu mereka pada waktu pagi akan penemuan seekor ikan paus terapung di laut dan memberitahu ianya mungkin mengandungi sesuatu yang berharga dipanggil ambergris.
Mereka pun mengambil keputusan untuk datang meninjau dan mereka berjaya menemui seekor bangkai ikan paus kira-kira 26 kilometer dari pantai bandar pelabuhan selatan Aden dan membawanya ke daratan dengan menggunakan beberapa kapal nelayan untuk menyeretnya.
Nelayan-nelayan itu pun membelah perut ikan paus seberat 128kg itu dan alangkah terkejut dan gembiranya mereka apabila menemui benda yang sangat bernilai di pasaran dunia iaitu ambergris. Ambergris ini merupakan bahan berkualiti tinggi yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi berkualiti tinggi.
Selain itu, ambergris ini juga digunakan untuk agen perasa dalam minuman keras dan kopi atau kemenyan yang popular pada zaman China kuno, Mesir dan beberapa tempat lain.
Ambergris yang diperoleh oleh nelayan-nelayan tersebut telah dibeli oleh seorang peniaga Arab yang berminat dan terus membelinya dengan harga $1.5 juta atau lebih kurang RM6.35 juta ataupun lebih kurang 371 Juta YER (Yemeni Rial).
Duit yang diperoleh daripada penjualan ambergris itu pun dibahagikan sesama mereka.
“Kehidupan kami berubah selepas kejadian,” kata salah seorang nelayan yang dikenali sebagai Abdulhakeem.
Menurutnya dia menggunakan duit tersebut untuk membina rumahnya, manakala rakan-rakannya yang lain pula ada yang membeli kapal, membina dan juga membaiki rumah sedia ada.
“Kami hanyalah orang biasa, nelayan yang mencari hasil tangkapan setiap hari,” kata seorang lagi nelayan, Salim Sharf.
VIDEO:
Kehidupan kesemua 35 nelayan itu berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan mereka sentiasa bersyukur dengan rezeki dan tuah yang mereka peroleh.