Jual Buah Pinggang Demi iPhone, Kini Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup

SALAH satu jenaka yang biasa kita dengar di media sosial, setiap kali iPhone baru dilancarkan ialah: “kau kena jual ginjal kalau nak beli iPhone baru,”Jual Buah Pinggang Demi iPhone, Kini Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup

Jenaka ini menggambarkan betapa harga produk keluaran Apple itu begitu mahal sehingga kita terpaksa menjual organ untuk memilikinya.

Namun perkara yang kita anggap lawak itu, memang benar-benar berlaku, dan ada orang yang sanggup menjual organ semata-mata untuk membeli iPhone baru.

Menurut laporan Oriental Daily, seorang remaja bernama Xiao Wang sanggup menjual buah pinggangnya untuk membeli sebuah iPhone 4s sekitar 9 tahun lalu.

Ketika iPhone 4S baru dilancarkan, Xiao Wang ketika itu baru berusia 17 tahun. Pada waktu itu, iPhone 4S bukan sahaja dianggap sebagai sebuah peranti yang “wajib dimiliki,” di kalangan pelajar sekolahnya, malah individu yang memiliki peranti itu mendapat layanan istimewa membuatkan Xiao Wang juga teruja untuk memilikinya.

 

Meskipun kemahuannya membuak-buak untuk memiliki iPhone 4S, namun dia sedar situasi kewangan keluarganya yang tidak berkemampuan.

Jual Buah Pinggang Demi iPhone, Kini Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup

Pelbagai cara diusahakan untuk mendapatkan wang tambahan sehingga akhirnya dia mendapat tahu tentang aktiviti “pembedahan haram,” yang membolehkannya menjual buah pinggang untuk mendapat wang tunai.

Selepas diberitahu kononnya manusia hanya perlukan satu buah pinggang untuk kelangsungan hidup, akhirnya dia bersetuju untuk menjual satu daripada buah pinggangnya dengan tawaran harga $3,200 (RM13,440), jumlah itu lebih dari cukup untuk membeli sebuah iPhone 4s.

 

Sebelum menjalani pembedahan, Xiao Wang diberitahu bahawa dia boleh menjalani hidup secara normal seminggu selepas jalani pembedahan itu.

Namun di luar pengetahuan remaja malang itu, pembedahan yang dijalankan ke atasnya tidak disanitasi dengan baik mengakibatkan dia mengalami jangkitan pada kesan luka pembedahan.

Jual Buah Pinggang Demi iPhone, Kini Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup

“Lebih malang lagi, kedua ibu bapanya langsung tidak tahu tentang pembedahan itu. Mereka hanya mengetahui perkara itu selepas remaja berkenaan jatuh sakit disebabkan jangkitan kuman,” lapor Oriental Daily.

 

Ketika Xiao Wang mendapatkan rawatan di hospital, fungsi buah pinggang tunggalnya semakin merosot sampai ke tahap dia terlantar di atas katil, sekaligus menambah beban kewangan kepada keluarganya yang terpaksa menanggung kos dialisis dan rawatan lain.

Akhirnya keluarga remaja terbabit telah mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital haram berkenaan, dan mereka telah mendapat pampasan dari mahkamah.

Menurut laporan chinapress.com.my Xiao Wang diberikan pampasan berjumlah RM180,000.

Jual Buah Pinggang Demi iPhone, Kini Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup

Selepas sembilan tahun berlalu, iPhone 4S kini sudah tidak ada nilai, malah sudah tidak lagi dijual di kedai-kedai, namun sehingga ke hari ini, Xiao Wang yang sudah berusia 26 tahun terpaksa meneruskan hidup bergantung kepada rawatan dialisis dan ubatan lain.

Sumber: Milosuam

Facebook Comments Box

Leave a Reply